Utusan Borneo (Sabah)

Jangan dengar muslihat DAP

Tidak akan berlaku tsunami Melayu, kata Najib

-

“Strategi DAP itu (untuk menang pilihan raya) adalah dengan (menyemai) kebencian berlandask­an hipotesis bahawa akan berlaku tsunami Melayu pada pilihan raya kali ini.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengingatk­an masyarakat Cina supaya tidak terpedaya oleh muslihat DAP berhubung apa yang dikatakan sebagai ‘tsunami Melayu’ iaitu peralihan undi masyarakat Melayu kepada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya ingin beri jaminan kepada anda bahawa tidak akan berlaku tsunami Melayu terhadap kerajaan. Sekiranya strategi itu berjaya, ia akan hanya membawa keburukan kepada masyarakat Cina. Ini kerana, kami memerlukan perwakilan masyarakat Cina yang kukuh dalam kerajaan demi kebaikan masyarakat Cina sendiri.

“Strategi DAP itu (untuk menang pilihan raya) adalah dengan (menyemai) kebencian berlandask­an hipotesis bahawa akan berlaku tsunami Melayu pada pilihan raya kali ini,” kata beliau pada majlis pelancaran pembanguna­n semula kampus Sekolah Tinggi Kuen Cheng di Jalan Syed Putra di sini.

Naijib seterusnya berkata, ketika ini, masyarakat Cina mewakili 23 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, tetapi mereka hanya mempunyai enam peratus anggota parlimen dalam kerajaan, kedudukan yang tidak mampan dalam jangka panjang dan boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat itu.

“MCA dan Gerakan bekerja keras untuk menyokong masyarakat Cina, bersamasam­a kaum lain. Sebenarnya, saya sering menerima permintaan daripada (presiden MCA) Datuk Seri Liow Tiong Lai dan (presiden Gerakan) Datuk Seri Mah Siew Keong tentang bagaimana kami boleh lakukan lebih banyak lagi demi kebaikan masyarakat Cina,” katanya.

Najib berkata, dari semasa ke semasa, kerajaan menyelesai­kan pelbagai isu berkaitan masyarakat Cina dan telah meluluskan penubuhan 10 sekolah rendah Cina baharu, tiga daripadany­a dirasmikan di Johor baru-baru ini.

“Apabila sekolah Cina mengalami kekurangan guru, kami selesaikan­nya. Banyak lagi lah … berhubung pengiktira­fan bersama ijazah universiti, kerajaan meluluskan penubuhan Xiamen University, yang bakal melakar satu lagi kisah kejayaan.

“Satu lagi kejayaan ialah New Era (kolej), yang kini menjadi kolej universiti. Kami juga melanjutka­n tempoh pajakan 99 tahun bagi Chong Hwa Independen­t High School dan saya ingin mengesahka­n bahawa pengiktira­fan terhadap Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) telah dimasukkan ke dalam Manifesto Barisan Nasional,” kata beliau, yang disambut dengan tepukan

bergemuruh oleh ibu bapa dan guru pada majlis itu.

Najib berkata kerajaan BN telah melakukan pelbagai usaha bagi mewujudkan transforma­si untuk menjamin wujudnya suasana aman, stabil dan harmoni, demi kesejahter­aan rakyat pada masa kini dan akan datang.

“Janganlah mencampakk­annya. Negara ini adalah tempat tinggal yang penuh dengan kesejahter­aan. Pelbagai perkara baik ada di sini. Tetapi, pihak di sebelah sana (pembangkan­g) mempunyai beberapa persepsi yang sangat tidak bertanggun­gjawab dan negatif. Paling tidak pun, mereka mahu mengkaji semula kontrak dengan China sekiranya mereka berkuasa. Itu suatu kesilapan besar kerana China merupakan rakan dagang nombor satu kita, dengan jumlah dagangan bernilai AS$100 bilion,” katanya. -Bernama

 ??  ?? NAJIB (empat, kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Menengah Kuen Cheng pada Isnin. -Gambar Bernama
NAJIB (empat, kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Menengah Kuen Cheng pada Isnin. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia