Utusan Borneo (Sabah)

Neymar akan kembali ke Paris pada pertengaha­n bulan Mei ini

-

PARIS, Perancis: Neymar dijangka akan kembali ke Paris dalam tempoh sebulan sebelum Piala Dunia bermula di Rusia, menurut laporan media Perancis Ahad lepas.

Penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu merawati kecederaan di tanahairny­a, Brazil, sejak menjalani pembedahan di bahagian kaki pada 3 Mac.

Beliau mengalami kecederaan ketika menentang Marseille pada 25 Februari sebelum perlawanan penting pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Akhbar Perancis, L’Equipe berkata Neymar akan kembali ke Paris “paling awal pada pertengaha­n bulan Mei” untuk menyertai sambutan kejuaraan PSG di akhir musim.

Bagaimanap­un, radio RMC berkata beliau akan kembali “pada awal Mei” untuk melengkapk­an proses pemulihan di Paris bersamasam­a dengan dua pegawai psio terapi beliau.

Kecederaan beliau menyebabka­n perbalahan di antara kelab dan pasukan kebangsaan Brazil kerana PSG mahu beliau cergas untuk bermain menentang Real sementara Brazil mahu beliau direhatkan untuk Piala Dunia 2018 yang bermula 14 Jun depan.

Brazil mendapat hak dengan mengarahka­n Neymar menjalani pembedahan dan PSG tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Perlawanan terakhir PSG musim ini ialah menentang Caen pada 19 Mei dan selepas itu mereka akan mengadakan jelajah meraikan kejuaraan Ligue 1, Piala Liga Perancis dan mungkin Piala Perancis – di mana mereka akan menentang kelab divisyen tiga, Les Herbiers di final pada 8 Mei.

Pada awal minggu ini, Neymar berkata beliau akan menjalani pemeriksaa­n pada 17 Mei untuk menentukan sama ada beliau cergas untuk bermain atau tidak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia