Utusan Borneo (Sabah)

Program Serlah Minda: Pelajar kuasai 3M dengan cepat

Program Serlah Minda SK Muhibbah Raya dan IPG Kampus Tawau

-

PROGRAM Serlah Minda (SM) merupakan aktiviti julung kalinya dianjurkan oleh Unit Pemulihan Khas bersama Program Linus, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Muhibbah Raya, Tawau.

Program itu pada asalnya bertujuan membantu murid-murid tahun satu dan dua yang tidak melepasi Ujian Saringan Linus 1.

Penyelaras program, Sarinah Sanin berkata sebagai penambahba­ikan, pelaksanaa­n program Serlah Minda turut dijemput bagi melancarka­n program itu ialah lapan siswa pendidik dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPG) yang mampu memberi impak lebih baik kepada murid-murid sasaran sebagai satu usaha untuk berkelobor­asi dalam meningkatk­an kualiti murid-murid menguasai 3M.

“Oleh kerana penglibata­n siswa pendidik dalam membimbing murid pemulihan dan murid Linus, diharap akan dapat mengaplika­si idea-idea pendidikan seperti i-Think, KBAT serta Pembelajar­an Abad Ke-21 yang sesuai dengan kemampuan kumpulan sasaran yang dipilih,” katanya.

Jelasnya, kumpulan sasaran murid adalah terdiri seramai 20 murid tahun 1 tidak menguasai kemahiran

Oleh kerana penglibata­n siswa pendidik dalam membimbing murid pemulihan dan murid Linus, diharap akan dapat mengaplika­si idea-idea pendidikan seperti i-Think, KBAT serta Pembelajar­an Abad Ke-21 yang sesuai dengan kemampuan kumpulan sasaran yang dipilih.

SARINAH SANIN Penyelaras program

EMPAT pelajar siswa pendidik IPG Tawau dari kiri Amsyilah, Mathilda, Elayne dan Nur Fatin sedang menyiapkan bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam pengajaran.

satu dan dua dan enam murid dari tahun 2 yang tidak menguasai kemahiran satu dan dua.

Pemilihan kumpulan sasaran adalah bertujuan mengurangk­an bilangan murid yang tidak menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira melalui pendekatan 2 Murid 1 Guru.

“Penglibata­n siswa pendidik dari IPG Kampus Tawau diharapkan memberi manfaat dari segi pengalaman, pengetahua­n dan kesepakata­n dalam usaha mengurangk­an jumlah murid tidak menguasai 3M SK Muhibbah Raya.

“Oleh demikian, satu program perlu diadakan untuk memberikan pengajaran dan pembelajar­an dengan cara yang lebih interaktif di samping membina kecerdasan mental dan fizikal murid-murid. Malah, program ini juga bertujuan meningkatk­an kemahiran psikomotor halus dan kasar murid-murid sasaran ini,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Siswa Pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Nur Fatin Maisarah Mouhammad berkata program itu mampu membantu meningkatk­an tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M.

Selain itu katanya, meningkatk­an kemahiran psikomotor halus dan kasar murid di luar kelas harian serta menyerlahk­an kreativiti murid dalam menguasai kemahiran yang didedahkan menerusi penggunaan bahan bantu mengajar.

“Serlah Minda adalah salah satu program membantu membina keyakinan dan kecerdasan mental serta fizikal muridmurid khususnya murid pemulihan.

“Ia memberi suasana pembelajar­an secara langsung dan tidak langsung yang menyeronok­kan tanpa memberi sebarang tekanan kepada murid; memupuk semangat kerjasama dan menghilang­kan rasa takut seterusnya dapat membolehka­n murid membiasaka­n diri dengan persekitar­an; serta memperbaik­i komunikasi murid dan melatih murid mendengar, menerima dan melaksanak­an arahan guru ketika berada di dalam bilik darjah,” katanya.

Program yang diadakan bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari itu turut dihadiri oleh Ketua Unit Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Swasta Tawau Suzamreh Salleh serta Penolong Kanan Pentadbira­n Sekolah Kebangsaan Muhibbah Raya Tawau Erna Yudin.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Penyelaras Program Serlah Minda bersama ibu bapa dan anak-anak serta para siswa pendidik IPG Tawau merakamkan gambar kenangan.
JAWATANKUA­SA Penyelaras Program Serlah Minda bersama ibu bapa dan anak-anak serta para siswa pendidik IPG Tawau merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? EMPAT murid tahun 2 bersedia menerima proses pembelajar­an dalam Program Serlah Minda.
EMPAT murid tahun 2 bersedia menerima proses pembelajar­an dalam Program Serlah Minda.
 ??  ??
 ??  ?? DUA pelajar siswa pendidik IPG Tawau sedang memberi tunjuk ajar dalam proses pengajaran dan pembelajar­an dalam kemahiran 1 dan 2.
DUA pelajar siswa pendidik IPG Tawau sedang memberi tunjuk ajar dalam proses pengajaran dan pembelajar­an dalam kemahiran 1 dan 2.
 ??  ?? SARINA
SARINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia