Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited latih 300,000 golongan B40

Kerajaan komited latih 300,000 golongan B40

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan komited dalam menganjak lima lonjakan transforma­si sistem Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk melatih 300,000 rakyat berpendapa­tan rendah (B40) bermula sekarang sehingga 2025.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, golongan sasar merangkumi penduduk luar bandar, masyarakat miskin di bandar, orang asli, pelajar lepasan sekolah termasuk yang tercicir, ibu tunggal dan penganggur.

“Kerajaan berusaha melatih dan meningkatk­an bilangan tenaga pengajar terlatih dalam bidang TVET dengan menyasarka­n20,000orangla­gi tenaga pengajar vokasional, sekaligus menyumbang kepada peningkata­n bilangan lulusan TVET.

“Selain itu, tenaga pakar dalam bidang TVET juga akan ditambah bilanganny­a seramai 4,000 orang lagi dalam pelbagai bidang TVET menjelang tahun 2025,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi GiatMara Sabah 2018, di sini pada Isnin.

Tambahnya, kerajaan juga berusaha mewujudkan penambahan 50,000 peluang pekerjaan TVET melalui TVET Bootcamp bagi tempoh tiga hingga enam bulan yang dirangka bersama bakal majikan.

Jainab berkata, persepsi masyarakat yang menganggap TVET sebagai kelas kedua berbanding aliran akademik lain perlu diubah kerana kerajaan seluruh dunia sememangny­a mengiktira­f kepentinga­n golongan berkenaan.

Hal ini kerana katanya, graduan TVET mampu memenuhi pelbagai tuntutan ekonomi, sosial dan alam sekitar sekaligus menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi yang adil, inklusif dan mampan.

“Seharusnya, kita berbangga dengan bidang kemahiran dan teknikal yang kita ceburi kerana jelas terbukti di aras dunia, bidang TVET adalah penggerak utama kepada kemajuan negara maju.

“Bagi mencapai impian negara maju berpendapa­tan tinggi dengan acuan sendiri, negara memerlukan tenaga kerja tempatan yang berdaya saing dan berkualiti tinggi,” jelasnya.

Terdahulu, lebih 900 graduan GiatMara dari pelbagai bidang yang berjaya menamatkan pengajian diraikan pada majlis berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? GRADUAN GiatMara yang diraikan merakam gambar kenangan bersama tenaga pengajar mereka.
GRADUAN GiatMara yang diraikan merakam gambar kenangan bersama tenaga pengajar mereka.
 ??  ?? JAINAB (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan GiatMara.
JAINAB (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan GiatMara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia