Utusan Borneo (Sabah)

Membentuk modal insan seimbang

833 pelajar SMK Jalan Apas Tawau sertai Kem Perdana JASS 2018

- Oleh SALMAN ABADI

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Apas Tawau telah mengadakan program Kem Perdana JASS (JASS In Camp) 2018 di sekolah berkenaan.

Program perkhemaha­n selama tiga hari dua malam itu melibatkan jumlah peserta seramai 833 pelajar yang mewakili sembilan pasukan badan beruniform, dianjurkan oleh Unit Kokurikulu­m sekolah itu dengan kerjasama beberapa persatuan serta agensi yang berkaitan.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Jalan Apas Noriati Budin berkata sembilan pasukan badan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Taekwondo, Kadet Sekolah Pertahanan Awam (Kaspa), Kor Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan juga Pengakap.

Katanya, objektif perkhemaha­n itu ialah melahirkan ahli yang berdisipli­n dan bersemanga­t juang untuk memastikan kecemerlan­gan yang seimbang dalam bidang kokurikulu­m dan kurikulum.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli persatuan tentang aspek perkhemaha­n secara menyeluruh, di samping memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatk­an motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

Noriati menjelaska­n, program perkhemaha­n berskala besar melibatkan pelbagai kaum itu turut berperanan menggalakk­an integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaa­n yang pelbagai serta menghormat­i pegangan masing-masing.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dilaksanak­an sepanjang program itu yang dikendalik­an mengikut unit beruniform masing-masing.

Antaranya ialah aktiviti pecah bendungan yang dikendalik­an oleh PBSM, pertolonga­n cemas (PPIM), malam kebudayaan (Pengakap), ikatan dan gajet (Kaspa), ikhtiar hidup (KRS), orienteeri­ng (Kor Kadet Polis), rentas halangan (Kadet Bomba) dan abseling oleh Unit Kokurikulu­m Sekolah.

Aktiviti sepanjang perkhemaha­n itu dikendalik­an oleh Ketua Kem Komandan di bawah Persatuan Taekwondo iaitu Sjiola Jahja, sambil dibantu Timbalan Kem Kom Carol Anita Tadam dan guru-guru penasihat Persatuan Taekwondo sebagai urusetia dengan dibantu oleh Alumni JASS seramai 28 orang.

Majlis perasmian penutupan perkhemaha­n itu disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datu Roslin Datu Siabok.

Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya mengaplika­sikan pembelajar­an setiap subjek dalam aktiviti kokurikulu­m seperti perkhemaha­n demi kemenjadia­n murid selain membentuk modal insan seimbang dalam kalangan pelajar.

Katanya, para pelajar seharusnya dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahua­n dan kemahiran diri, bukan sahaja dalam aspek kurikulum (akademik) tetapi juga penglibata­n aktif dalam kegiatan luar bilik darjah juga perlu diberi penekanan seimbang.

“Aktiviti perkhemaha­n yang dijalankan memberi kesan positif kepada pelajar terutama dalam membina keyakinan diri, berani bersuara dan membentuk kepimpinan,” katanya.

Menurutnya, para pelajar juga perlu diberi bimbingan dan peluang untuk melaksanak­an sesuatu tugasan dalam pengendali­an majlis seperti juruacara.

“Biarlah pelajar yang menjadi juruacara, guru sebagai fasilitato­r yang membimbing dalam membuat aturcara pentadbira­n dan pengurusan acara kerana ia salah satu cara membina keyakinan kepada pelajar menghadapi audio yang ramai,” katanya.

Roslin menegaskan, walaupun peranan juruacara itu nampak kecil dan mudah, namun sebenarnya ia perkara sangat penting dan tidak semudah yang disangkaka­n kerana juruacara memainkan peranan penting dalam kelancaran sesuatu majlis, selain memerlukan kemahiran berkomunik­asi serta penguasaan bahasa yang baik.

Beliau memuji usaha dan komitmen serta merakamkan penghargaa­n dan syabas kepada pihak sekolah atas kejayaan menganjurk­an program perkhemaha­n itu yang melibatkan lebih 800 pelajar.

Terdahulu, Pengetua SMK Jalan Apas Fauziah Haji Janau dalam ucapannya berkata, perkhemaha­n itu memberi ruang kepada para pelajar untuk mengaplika­sikan pelbagai kemahiran yang dipelajari.

Katanya, ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi pelajar.

Menurutnya, aktiviti yang dijalankan semasa perkhemaha­n juga menyelitka­n unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk menguji kemahiran berfikir para pelajar dalam menyelesai­kan sesuatu masalah atau tugasan.

Beliau berkata, jumlah penyertaan dalam perkhemaha­n itu meningkat berbanding pada tahun 2016 dan beberapa aktiviti dikendalik­an mengikut unit.

“Perkhemaha­n Perdana akan dijalankan dua tahun sekali. Bagaimanap­un, perkhemaha­n secara dalaman dijalankan jika terdapat unit yang telah merancang untuk menjalanka­n aktiviti itu,” jelasnya.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Roslin atas kehadiran menyempurn­akan perasmian penutupan perkhemaha­n itu, termasukla­h Kem Komandan dan Timbalan Kem Komandan serta semua pihak yang terlibat membantu menjayakan program itu.

 ??  ?? FAUZIAH diiringi Noriati (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Roslin.
FAUZIAH diiringi Noriati (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Roslin.
 ??  ?? PESERTA Perkhemaha­n Perdana 2018 bergambar kenangan bersama Roslin (berdiri belakang, tengah) dan guru-guru SMK Jalan Apas.
PESERTA Perkhemaha­n Perdana 2018 bergambar kenangan bersama Roslin (berdiri belakang, tengah) dan guru-guru SMK Jalan Apas.
 ??  ?? GURU-GURU menjalanka­n penilaian dan pengadilan dalam salah satu aktiviti yang dipertandi­ngkan iaitu ikhtiar hidup (masakan rimba).
GURU-GURU menjalanka­n penilaian dan pengadilan dalam salah satu aktiviti yang dipertandi­ngkan iaitu ikhtiar hidup (masakan rimba).
 ??  ?? ROSLIN menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan Jaspa.
ROSLIN menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan Jaspa.
 ??  ?? SEORANG guru sedang melakukan tunjukcara dalam aktiviti abseling.
SEORANG guru sedang melakukan tunjukcara dalam aktiviti abseling.
 ??  ?? WAKIL pasukan KRS menerima hadiah disampaika­n Roslin.
WAKIL pasukan KRS menerima hadiah disampaika­n Roslin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia