Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 peserta bersihkan Masjid Jamek An Nur

-

LEBIH 300 peserta telah membersihk­an Masjid Jamek An Nur, Labuan sempena Program Khidmat Komuniti Membersih dan Mengindahk­an Masjid An Nur Wilayah Persekutua­n Labuan pada Ahad.

Mereka terdiri daripada ahli Pengakap, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan (JBPM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan orang ramai.

Peserta paling ramai yang menjayakan gotong royong membersih dan mengindahk­an Masjid An Nur bermula jam 7 pagi itu ialah Pengakap Sekolah Menengah Agama Islam Wilayah Persekutua­n (SMA MAIWP) Labuan.

Program itu dianjurkan Yadim Zon Sabah dan Jawatankua­sa Masjid An Nur WP Labuan.

Yang Dipertua Pengakap Labuan Dato’ Sri Mohd Alias Haji Abd Rahman dalam ucapan perasmiann­ya memuji usaha murni berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Katanya, menjadi tanggungja­wab umat Islam khususnya jemaah untuk menjaga kebersihan dan keindahan serta keselamata­n Masjid Jamek An-Nur yang merupakan masjid terbesar di wilayah ini.

“Masjid Jamek AnNur perlu kelihatan bersih, ceria, indah dan selamat kerana sering menjadi tumpuan bukan sahaja umat Islam tetapi juga pelancong dari luar negara,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Yadim Zon Sabah dan semua peserta yang menjayakan program murni itu.

Sementara itu, Pengarah Yadim Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki berkata program itu diadakan untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan peserta program dan pemimpin masyarakat setempat.

“Yadim Zon Sabah akan meneruskan program seumpama ini untuk manfaat penduduk setempat,” katanya.

Turut diadakan ialah program gunting rambut secara percuma yang disertai 30 kanak-kanak.

Turut hadir, Pengarah Bomba Labuan Zainal Madasin dan Ketua Kampung Gersik Osman Kadir.

 ??  ?? PESERTA Program Khidmat Komuniti bergambar ramai di hadapan Masjid Jamek An-Nur.
PESERTA Program Khidmat Komuniti bergambar ramai di hadapan Masjid Jamek An-Nur.
 ??  ?? MOHD Alias (empat kanan) dan Samin menggunaka­n jentera memancut longkang dengan dibantu anggota bomba.
MOHD Alias (empat kanan) dan Samin menggunaka­n jentera memancut longkang dengan dibantu anggota bomba.
 ??  ?? (Gambar atas) MOHD Alias (dua kanan), Samin (kanan) dan Osman (kiri) bersama pegawai JBPM Labuan.
(Gambar atas) MOHD Alias (dua kanan), Samin (kanan) dan Osman (kiri) bersama pegawai JBPM Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia