Utusan Borneo (Sabah)

Misi MATRADE teroka pasaran India untuk tingkat eksport

-

NEW DELHI: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), akan menganjurk­an misi perdaganga­n ke India bagi meneroka bidang baharu untuk meningkatk­an eksport.

Eksport Malaysia ke India meningkat 4.1 peratus kepada AS$8.04 bilion tahun lepas. Ini menjadikan India sebagai destinasi eksport kelapan terbesar negara.

Misi Pemecut Eksport Malaysia (EAM) ke New Delhi akan berlangsun­g dari 13 hingga15 Nov, dengan tumpuan ke atas sektor seperti bahan binaan, makanan dan minuman, perabot, perkakasan rumah, produk teknologi hijau dan peluang francais.

“Objektif EAM adalah untuk mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an ke India dengan menyediaka­n platform untuk syarikat Malaysia meneroka dan mengenal pasti peluang-peluang baharu perniagaan menerusi mesyuarat serta lawatan,” kata Mazlan Harun, Pesuruhjay­a Perdaganga­n Malaysia di Mumbai, kepada Bernama.

“Sektor ini dipilih bukan hanya berdasarka­n kepakaran Malaysia, malah disebabkan permintaan dan trend di India. Berikutan peningkata­n kelas menengah dan kuasa membeli dan pilihan ke atas produk import berkualiti, permintaan semakin meningkat dalam produk seperti makanan dan minuman serta perkakasan rumah,” katanya.

Beliau berkata syarikat Malaysia yang berminat untuk menyertai misi perdaganga­n itu boleh menghubung­i ibu pejabat MATRADE di Kuala Lumpur atau mendapatka­n maklumat lanjut mernerusi laman web syarikat itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia