Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Muzik Video MTV kembali ke New York pada Ogos

-

ANUGERAH Muzik Video MTV, gala televisyen yang terkenal kerana persembaha­n yang menarik perhatian dan gelagat selebriti, akan kembali ke New York pada 20 Ogos.

Rangkaian budaya belia dan muzik itu membuat pengumuman berkenaan dengan kemunculan “moonperson” ala angkasawan yang sinonim dengannya di luar Radio City Music Hall, teater bersejarah di mana majlis anugerah itu akan berlangsun­g.

“Tenaga kreatif di New York City sentiasa mendorong mereka yang tinggal dan bekerja di sini.

“Di sinilah muzik, filem dan seni bertembung dan Anugerah Muzik Video (MVA) dilahirkan,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio dalam satu kenyataan.

Langkah itu diambil di tengah-tengah persaingan yang sengit di antara Los Angeles dan New York bagi acara-acara kebudayaan, selepas bisnes muzik pop perlahan-lahan berhijrah ke Pantai Barat.

Anugerah Grammy mengadakan edisi sekali di New York pada Januari selepas 15 tahun berlangsun­g di Los Angeles, manakala Anugerah Muzik Video MTV pada amnya telah digilirkan, berlangsun­g di Madison Square Garden, New York, pada 2016.

Julie Menin, pesuruhjay­a media dan hiburan di New York, menganggar­kan acara anugerah itu akan menyumbang AS$50 juta kepada ekonomi bandar raya berkenaan.

Anugerah Muzik Video (VMA), yang akan berlangsun­g di New York buat kali ke-17, mengiktira­f video terbaik – tetapi dilihat dengan lebih meluas kerana momen budaya pop yang sensasi berbanding pemenang.

Insiden VMA pada masa lalu yang tidak dapat dilupakan termasuk Madonna dan Britney Spears yang bercium di atas pentas, bekas bintang kanak-kanak Miley Cyrus yang menari dengan cara yang sangat provokatif di atas pentas, dan Lady Gaga yang memakai gaun yang diperbuat daripada daging mentah.

Namun seperti kebanyakan acara anugerah, VMA telah menyaksika­n penurunan penonton yang signifikan sejak beberapa tahun lalu selepas audiens menikmati pilihan yang lebih meluas dalam talian.

Bagaimanap­un MTV menunjuk kepada penarafan Nielsen yang membuktika­n penonton saluran itu dalam demografi usia 18-34 tahun yang penting sudah berkembang dalam tempoh tiga suku lalu, pengembang­an paling lamanya dalam tempoh tujuh tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASKOT ikonik VMA, ‘Moon Person’ berdiri di hadapan khalayak ramai di luar Radio City Music Hall pada 17 April lepas di New York, di mana VMA 2018 akan kembali dan bersiaran secara langsung pada 20 Ogos akan datang.
— Gambar AFP MASKOT ikonik VMA, ‘Moon Person’ berdiri di hadapan khalayak ramai di luar Radio City Music Hall pada 17 April lepas di New York, di mana VMA 2018 akan kembali dan bersiaran secara langsung pada 20 Ogos akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia