Utusan Borneo (Sabah)

Stephen Chow kembali ke sekolah dalam ‘Fight Back To School’ di TV2

-

SLOT Golden Dragon seperti biasa menjanjika­n filem-filem hebat Hong Kong khas buat penonton setianya. Pada 26 April ini, saksikan filem aksi komedi ‘Fight Back To School’, jam 9.30 malam.

Kalau di Malaysia kita ada Saiful Apek sebagai otai lawak. Jika di Hong Kong, pastinya nama Stephen Chow sinonim dengan filem-filem komedi yang pastinya muncul dengan pelbagai gelagat mencuit hati.

Filem arahan Gordon Chan ini mengangkat watak Chow Sing-Sing, lakonan hebat Stephen Chow sebagai seorang anggota polis. Chow akan dipecat tetapi diberi satu lagi peluang untuk menyelamat­kan kerjayanya.

Dia diarah oleh ketuanya untuk menjalanka­n siasatan di sebuah sekolah apabila pistol milik ketuanya didapati hilang setelah sekumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Edinburg membuat lawatan ke balai polis.

Maka Chow terpaksa menyamar menjadi salah seoarang pelajar baru di sekolah itu. Dia turut dibantu oleh Sarjan Tat yang menyamar sebagai tukang kebun.

Sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Johnny sentiasa membuli pelajarpel­ajar lain dan keberanian Chow berhadapan dengan mereka menyebabka­n dia disanjung dan dianggap sebagai pembela dalam kalangan pelajar lain.

Sementara itu, Chow terpikat dengan kejelitaan seorang guru kaunselor bernama Ho.

Hubungan mereka bertambah erat apabila Ho membuat kelas tambahan khas untuk Chow. Namun identitiny­a terbongkar apabila dia diserang sekumpulan penjahat ketika sedang berjalan dengan Ho.

Chow berjaya mengesan pistol tersebut yang dicuri oleh Johnny. Dia bersubahat dengan ketua gengnya, Teddy yang terlibat dalam penyeludup­an senjata api.

Akhirnya, Chow yang dibantu oleh Tat dan pelajar-pelajar lain berjaya memberkas Teddy dan konco-konconya. Chow juga berjaya memikat Cikgu Ho dan dinaikkan pangkat sebagai ketua inspektor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia