Utusan Borneo (Sabah)

PKR bergolak, lumpuhkan jentera

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyebabka­n jentera parti berkenaan lumpuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, perbalahan yang ditunjukka­n antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalanny­a Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serius dan kronik.

“Pergeseran dalam PKR amat dahsyat apabila presiden dan timbalan presiden mempunyai senarai calon yang berbeza.

“Macamana mereka ingin mengaburi mata rakyat dengan perbezaan senarai calon yang mengakibat­kan mereka bertelagah secara terbuka.

“Ini menunjukka­n PKR tidak stabil dan kalau mereka menerajui negara, ia akan memberi kesan yang buruk,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Bootcamp eUsahawan di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Tertinggi Umno berkata, pergolakan dalam PKR tidak akan berhenti begitu sahaja dan banyak ketidakpua­san hati antara kem tertentu termasukla­h kem Wan Azizah dan Azmin.

“Perbalahan mereka serius dan kronik...ini akan menyebabka­n jentera mereka lumpuh.

“Tetapi dalam Barisan Nasional (BN), walaupun ada insiden pengasinga­n, senarai yang diperakui oleh kepimpinan atasan ada satu sahaja berlainan dengan PKR,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat dapat menilai isu yang melanda PKR kerana parti terbabit memberikan gambaran mereka tidak bersatu hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia