Utusan Borneo (Sabah)

Rozman yakin pengundi akan tetap sokong BN

-

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutua­n Labuan Datuk Rozman Isli yakin pengundi akan terus bersama BN pada PRU14 yang akan diadakan pada 9 Mei depan.

Beliau berkata, BN Labuan yang telah bekerja sebagai satu pasukan sejak sekian lama mahu meraih majoriti yang lebih besar berbanding PRU13.

“BN Labuan perlu lebih fokus dan memantapka­n lagi strategi jentera pilihan raya secara terancang berbanding pada PRU13 bagi memastikan rakyat Labuan terus memberi mandat kepada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Command Centre Barisan Nasional di Kampung Pantai, malam Ahad.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengerusi Tetap Umno Datuk Abdul Rahman Lamudin, Naib Ketua Umno Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Pemuda Umno Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Ketua Wanita Umno Datuk Aini Safar, Ketua Puteri Nur Erney John dan ketua-ketua parti komponen BN.

Rozman yang juga ketua bahagian Umno Labuan yakin pengumuman Perdana Menteri mengenai perancanga­n kerajaan untuk membina jambatan Labuan yang turut termasuk dalam manifesto BN Wilayah Persekutua­n akan melonjakka­n lagi sokongan rakyat kepada kerajaan dan BN.

Katanya, pengumuman itu memang telah lama ditunggutu­nggu oleh penduduk Labuan kerana ia bukan sahaja memudahkan perhubunga­n antara rakyat Labuan dan Sabah tetapi juga memberi impak yang lebih besar dari segi ekonomi dan industri pelanconga­n tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia