Utusan Borneo (Sabah)

Honeywell Aerospace tawar pelbagai penambahba­ikan untuk pesawat C-130 TUDM

-

KUALA LUMPUR: Honey well Aerospace menawarkan pelbagai teknologi dan penambahba­ikan untuk pesawat Lockheed Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mampu meningkatk­an aspek keselamata­n, kecekapan operasi, keupayaan serta hayat platform terbabit.

Naib Presiden Pasca Jualan dan Pertahanan syarikat itu bagi rantau Asia Pasifik, Tim Van Luven berkata pihaknya bekerjasam­a dengan TUDM yang kini dalam proses penilaian penambahba­ikan aspek avionik, tenaga dan komunikasi bagi peningkata­n pesawatnya agar dapat memenuhi keperluan pertahanan­nya.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata TUDM juga merancang untuk menambah baik sehingga 10 pesawat pengangkut Hercules C-130 dalam usaha melanjutka­n keupayaan misi pesawat tersebut.

Tahun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata pesawat Charlie C130 TUDM akan dinaik taraf bagi melengkapk­annya dengan peralatan serta teknologi lebih canggih dan peruntukan bagi tujuan itu telah dimasukkan dalam Bajet 2018.

Pihak TUDM memiliki 14 pesawat C-130 dengan empat daripadany­a digunakan sebagai pesawat tangki dan selebihnya dijadikan pesawat pengangkut. “Pemasangan, pengubahsu­aian serta penambahba­ikan (RMU) bagi barisan pesawat sedia ada TU D M akan dapat meningkatk­an kecekapan serta memberi pilihan dari segi penguranga­n kos berbanding menggantik­annya dengan pesawat baharu,” kata Van Luven.

Mengulas selanjutny­a, beliau berkata tempoh projek RMU itu pula lazimnya pelbagai dan bergantung kepada keperluan setiap pesawat, platform dan fungsi peralatann­ya.

Malah, jika ini dapat direalisas­ikan, kemungkina­n besar usaha itu dilakukan di Malaysia sama ada menerusi sebuah pusat servis atau pihak Kementeria­n Pertahanan.

Menurunya, antara penyelesai­an yang disediakan termasuk Sistem Radar Cuaca RDR-4000M yang meliputi imbasan volumetrik 3 Dimensi (3D) kawasan dan gangguan cuaca sehingga 320 batu nautika, Radar Altimeter dan Sistem Pengemudia­n Inersia Beserta Pengesan Kedudukan Global. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia