Utusan Borneo (Sabah)

PKR tampil lapan muka baharu

Daripada 14 kerusi yang ditandingi dalam PRU14

-

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membariska­n lapan muka baharu daripada 14 calon PKR yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Daripada jumlah itu, tiga calon akan bertanding bagi kerusi Parlimen. Mereka adalah Jonathan Yasin (Ranau), Chrisnadia Sinam (Tuaran) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).

Sementara itu, lima calon yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Kenny Chua Teck Ho (Inanam), Chong Peck Hing @Chong Poh Sing (Karanaan), Sazzalye Donol Abdullah (Matunggong), Dausil Kundayong (Tamparuli) dan Dikin Musah (Kuala Penyu).

Kenny ditempatka­n di DUN Inanam bagi menggantik­an penyandang­nya Dr Roland Chia yang memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU kali ini.

Nama Kenny antara yang disebutkan bakal bertanding di Penampang. Bagaimanap­un, beliau yakin pencalonan­nya di Inanam adalah sebahagian daripada strategi PKR untuk memenangi dan mempertaha­nkan kerusi DUN Inanam.

Seorang lagi muka baharu, Chrisnadia, 35, akan menentang ahli politik veteran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Chrisnadia yang juga bekas jurutera Jabatan Kerja Raya yakin mampu menyaingi ahli politik veteran itu kerana semangat ditunjukka­n masyarakat Tuaran untuk melihat perubahan berlaku begitu kuat.

Calon wanita yang kini bekerja dalam sektor minyak dan gas ini meletakkan misi membantu memperbaik­i pendapatan penduduk Tuaran yang kebanyakan­nya adalah penoreh getah yang berpendapa­tan rendah.

“Saya berharap kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan mampu memperbaik­i pendapatan penduduk Tuaran,” jelasnya.

Chrisnadia juga yakin pembangkan­g mampu menguasai kerusi DUN Kiulu dan Tamparuli yang berada di bawah Parlimen Tuaran.

Calon PKR lain yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen adalah Christina Liew (Tawau), Raymond Ahuar (Pensiangan) dan Johan @Christophe­r OT Ghani (Beaufort).

Bagi kerusi DUN pula, calon lain termasukla­h Christina Liew (Api Api), Mustapha Sakmud @Mohd Yunus Sakmud (Tempasuk) dan Lukia Indan (Kadamaian).

 ??  ?? KENNY CHUA
KENNY CHUA
 ??  ?? CHRISNADIA SINAM
CHRISNADIA SINAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia