Utusan Borneo (Sabah)

24 MUKA BAHARU

Barisan calon BN Sabah bagi PRU14

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah tampil 24 muka baharu sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Negeri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman mengumumka­n senarai berkenaan bersama keseluruha­n calon BN Sabah di sini pada Khamis.

Calon muka baharu BN melibatkan enam kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, BN turut menampilka­n empat calon yang membuat kemunculan semula bagi kerusi DUN.

BN menyenarai­kan 46 calon mewakili Umno, 18 calon dari Parti Bersatu Sabah (PBS), 10 calon Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko), dan lima calon Parti Liberal Demokratik (LDP).

Sementara itu, Parti Bersatu Rakyat Sabah( PBRS ), Gerakan dan MCA masing-masing diwakili dua calon.

Musa dalam ucapannya yakin BN akan meraih kemenangan besar dalam PRU14.

Katanya, BN sejak awal lagi membuat persiapan mantap hasil semangat serta perpaduan kuat yang menyumbang kepada kemenangan parti.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an pihak yang tidak dicalonkan agar berlapang hati dan menerima keputusan yang ditetapkan.

“Mereka yang tidak dicalonkan dalam PRU14 tidak perlu merajuk dan berkecil hati.

“Kemenangan parti lebih penting dan bukannya kemenangan perseorang­an bagi memastikan BN terus memerintah.

“Jangan disebabkan kemarahan, ia akan merosakkan persiapan kita untuk menghadapi PRU14,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? MUSA mengangkat tangan bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) selepas membuat pengumuman calon BN pada Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Sabah Pilihan Raya Umum Ke-14 di Bangunan UMNO pada Khamis.
GambarBern­ama MUSA mengangkat tangan bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) selepas membuat pengumuman calon BN pada Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Sabah Pilihan Raya Umum Ke-14 di Bangunan UMNO pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia