Utusan Borneo (Sabah)

Christina sah tanding Parlimen Tawau

-

KOTA KINABALU: Khabar angin yang bertiup akhirnya terjawab apabila Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Christina Liew mengesahka­n akan bertanding bagi kerusi Parlimen Tawau.

Christina mengesahka­n pencalonan itu diputuskan pada saat akhir.

“Perkara ini melibatkan perbincang­an dalaman. Saya diminta untuk bertanding jadi saya akan bertanding,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api Api itu berkata, beliau juga akan terus mempertaha­nkan kerusi Api Api yang dimenangi dalam PRU13.

Beliau yakin mampu menggalas kedua-dua tanggungja­wab untuk berkhidmat di dua kawasan berkenaan. Ia kerana, Tawau hanya berada 40 minit dengan menaiki penerbanga­n.

Christina berkata beliau tidak merancang untuk memegang sebarang jawatan di peringkat Persekutua­n.

Menyentuh pencalonan­nya di Tawau, memandangk­an beliau berasal dari Tawau, beliau mempunyai ramai keluarga di sana.

Oleh itu, beliau yakin dan percaya mampu mendapat sokongan daripada masyarakat Tawau terutama dalam kalangan kaum Cina yang merangkumi 37 peratus populasi Tawau.

Christina juga yakin mampu mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan Sri Tanjung, Apas dan Balung yang dilihat memberi sokongan penuh kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Warisan Sabah.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia