Utusan Borneo (Sabah)

SAPP tanding satu Parlimen, 11 kerusi DUN

-

KOTAK INA BALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menampilka­n enam muka baharu daripada 12 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Ia termasuk seorang wakil yang berasal dari Johor, Gee Tien Siong, 45, yang menetap di Sabah selama 35 tahun. Beliau akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang.

Gee antara pengasas SAPP yang juga abang kepada artis Hakka tempatan Sabah Gee Tian Long.

Timbalan Presiden SAPP Melanie Chia mengumumka­n perkara itu semasa pengumuman calon SAPP, di sini pada Rabu.

SAPP adalah sebahagian daripada parti yang menyertai Gabungan Sabah (GS) bersama Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Dalam pengumuman itu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee diumumkan sebagai calon Parlimen Kota Kinabalu. Kerusi parlimen itu disandang oleh Jimmy Wong (DAP).

Ia adalah kali pertama mantan Ketua Menteri Sabah itu bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

Calon muka baharu yang lain termasukla­h Noraiza Mohammad Noor yang akan bertanding kerusi DUN Tanjung Aru yang kini disandang Datuk Edward Yong (PBS). Beliau adalah anak kepada mantan menteri Kabinet Negeri Sabah Datuk Mohammad Noor Mansoor.

Calon lain termasukla­h Eksekutif Perniagaan John Stephen Dionysius, 46, yang akan bertanding kerusi DUN Inanam yang kini disandang oleh Dr Roland Chia (PKR) manakala, jurugambar profesiona­l yang juga aktivis belia Lim Kat Chung akan bertanding bagi DUN ApiApi.

Calon SAPP yang lain termasukla­h Wong Yu Chin (Lahad Datu); Pang Thou Chung (Sri Tanjong); Chong Pit Fah (Kapayan); Jimmy Jawatah (Melalap); Aloysius Danim Siap (Moyog); dan Japiril Suhaimin (Kundasang).

Melanie berkata calon-calon berkenaan dipilih selepas proses pemeriksaa­n yang ketat.

“Kami memilih calon berdasarka­n daya tahan mereka. Mereka perlu berdaya tahan dalam semua perkara termasukla­h dalam aspek kewangan.

“Ini bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada sebarang bentuk rasuah, berpengeta­huan serta kuat untuk berjuang mempertaha­nkan hak-hak Sabah,” katanya.

Menurutnya, calon Tanjung Aru adalah seorang yang sangat berdedikas­i terhadap perjuangan parti dan menyertai SAPP sejak 2014.

“Noraiza memilih untuk menyertai SAPP ketika parti ini berada di bawah selepas tewas pada PRU13. Ini mencermink­an betapa dedikasi beliau terhadap usaha memperjuan­gkan hakhak Sabah,” kata Melanie.

Bekas Adun Luyang ini memilih untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini bagi membolehka­nnya bertindak sebagai pengarah operasi pilihan raya SAPP.

“Kami memerlukan seorang Ketua Komando bagi mengetuai kempen dalam PRU14. Ini bagi memastikan pasukan kempen kita bekerja kuat. Dalam masa sama, kita perlu mengenalpa­sti kesilapan yang dilakukan oleh pesaing kita yang mungkin menggunaka­n taktik menipu,” katanya.

 ??  ?? CALON calon SAPP termasuk enam muka baru yang bertanding dalam PRU14.
CALON calon SAPP termasuk enam muka baru yang bertanding dalam PRU14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia