Utusan Borneo (Sabah)

Miliki ganja, lelaki dipenjara 14 bulan

-

KOTA KINABALU: Seroang lelaki tempatan dikenakan penjara 14 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki ganja seberat 15.15 gram.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Avelino Benedict Nawi, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, melakukan kesalahan itu pada 2 Mac.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM20,000 atau penjara selama tempoh lima tahun, atau kedua-duanya.

Sementara itu, dua lagi lelaki masing-masing dikenakan penjara dan denda, selepas mengaku bersalah memiliki dadah berbahaya.

Jusan Sama dikenakan penjara 14 bulan, atas kesalahan memiliki syabu seberat 0.15 gram, pada 27 Mac.

Manakala Adnan Abdul Rahim yang memiliki syabu seberat 0.07 gram didenda RM3,500 atau penjara 12 bulan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) akta sama, yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh dua tahun, atau kedua-duanya.

Di Kuala Lumpur, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu penolong naib presiden sebuah syarikat insurans untuk meluluskan tuntutan penyakit strok yang dialaminya bernilai hampir RM1.2 juta, dua tahun lalu.

R. Poobalan, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas pertuduhan­nya dibacakan terhadapny­a.

Dia didakwa menipu Chin Jia Gi, 37, dengan memperdaya­kan mangsa bahawa tertuduh mengalami penyakit strok dengan memberikan borang tuntutan perlindung­an penyakit kritikal sehingga mendorongn­ya untuk meluluskan tuntutan bernilai RM1,013,667.69 yang mana tertuduh mengetahui perkara itu tidak benar.

Bapa tiga anak itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Great Eastern, Jalan Ampang di sini pada 19 Mei 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne tidak menawarkan wang jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin manakala tertuduh yang diwakili peguam Tan Kim Kiek memohon dibenarkan jaminan RM100,000 dan tertuduh juga mempunyai kes sama di Mahkamah Seremban dan Petaling Jaya.

“Tertuduh juga perlu menjalani rawatan minor strok di hospital,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarka­n Poobalan diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia