Utusan Borneo (Sabah)

Dr Camera juara Fotografi FKAT

Tampil foto dua penari lelaki dengan aksi burung helang kembar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Perebutan hadiah utama Pertanding­an Fotografi FKAT 2018 PewartaBen­ta Wawasan 2.0 menjadi milik seorang pakar kamera yang juga digelar Dr Camera.

Haeruddin Mansur muncul juara keseluruha­n selepas fotonya dinobatkan pemenang Anugerah Foto Emas selari tema Etnik Kontempora­ri: Mengangkat Martabat Bangsa Malaysia.

Juri-juri profesiona­l memilih fotonya yang menampilka­n dua penari lelaki dengan aksi persis lagak burung helang kembar, berbanding 94 lagi foto yang diterima pada kali ini.

Sekaligus, melayakkan­nya untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan sijil tahniah, selain turut memenangi satu lagi saguhati (RM100 dan sijil tahniah).

Pengumuman pemenang berlangsun­g di ruang legar Eastern Plaza di sini pada Rabu, yang disempurna­kan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil.

Program itu dianjurkan Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta Tawau) bersama Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (Benta Wawasan) dengan kerjasama MPT sempena Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) baru-baru ini.

Anugerah Foto Perak (RM1, 500 dan sijil tahniah) dimiliki Roslan Noahil, sementara Anugerah Foto Gangsa disandang Kan Soon Keong (RM1,000, trofi dan sijil tahniah).

Selain Haeruddin, hadiah saguhati juga dimenangi oleh Basari Beddu Hasang, Abdul Salam Kadirun (dua saguhati), Samuel Koh CY, M oh a mad Firdaus Baharu m, Fadli Bacho, Carlos Fui Khiong George, Sahruddin Paidi dan Radzmawati Mankuraga.

Kategori foto popular yang menawarkan Trofi Anugerah Khas Pilihan Benta Wawasan pula diraih Sultan Ruddin selepas menerima sebanyak 2,000 undian daripada netizen.

Sultan yang menewaskan 12 pencabarny­a yang lain juga adalah juara bertahan untuk kategori ini pada edisi tahun lepas, dan kali ini turut menerima wang tunai RM250.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Alijus memuji komitmen dan dukungan jurufoto yang menyertai pertanding­an itu dan menyifatka­n mereka mempunyai peranan penting.

“Saya percaya kalian memberikan sumbangan yang amat penting dalam membantu mempromosi­kan lagi Daerah Tawau sebagai destinasi pelanconga­n melalui FKAT.

“Momen yang dirakam juga mampu mengangkat martabat kebudayaan pelbagai etnik dan budaya di daerah ini pada mata dunia kerana kualitinya bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Benta Wawasan Zulkifli Usof dan Pengerusi Pewarta Tawau Shamry M Sani.

 ??  ?? ALIJUS (tengah) yang ditemani Zulkifli (kanan) dan Shamry (kiri) tertarik dengan fotofoto yang dipamerkan.
ALIJUS (tengah) yang ditemani Zulkifli (kanan) dan Shamry (kiri) tertarik dengan fotofoto yang dipamerkan.
 ??  ?? PEMENANG-pemenang utama Pertanding­an Fotografi FKAT 2018 Pewarta-Benta Wawasan 2.0 yang terdiri daripada (dari kiri) Roslan, Sultan, Haeruddin dan Kan Soon Keong.
PEMENANG-pemenang utama Pertanding­an Fotografi FKAT 2018 Pewarta-Benta Wawasan 2.0 yang terdiri daripada (dari kiri) Roslan, Sultan, Haeruddin dan Kan Soon Keong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia