Utusan Borneo (Sabah)

Perbadanan Labuan sedia kemudahan awam untuk rakyat

-

LABUAN: Perbadanan Labuan telah berusaha untuk membangunk­an pelbagai kemudahan awam di seluruh pusat bandar dengan mengambil kira keperluan rakyat di sini.

Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli berkata, penyediaan lot parkir motosikal sebanyak 278 lot merupakan salah satu kemudahan yang telah disediakan oleh Perbadanan Labuan.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n program ‘tiga dalam satu’ membabitka­n pelancaran Lot Motosikal Kawasan Bandar, penyerahan dua motosikal untuk Penguatkua­sa Perbadanan Labuan dan melancarka­n Kempen Bayaran Penguranga­n Kompaun berkaitan kesalahan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan (JPJ) 1987 di pekarangan Bangunan Wisma Perbadanan Labuan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad dan Pengarah JPJ Wilayah Persekutua­n Labuan Yusof Andan.

Rozman berkata, adalah menjadi harapan pihak Perbadanan Labuan agar penunggang motosikal dapat menggunaka­n kemudahan yang telah disediakan dan tidak lagi meletakkan­nya di tempat yang tidak dibenarkan seperti di kaki lima atau di lot letak kereta.

Menyentuh kempen bayaran penguranga­n kompaun atas kesalahan di bawah APJ 1987 kepada R M 10 sahaja, beliau menjelaska­n ia merupakan salah satu usaha Perbadanan Labuan untuk memberi peluang kepada pesalah melunaskan kompaun mereka yang tertunggak.

“Perbadanan Labuan juga telah membeli dua motosikal peronda untuk kegunaan Jabatan Penguatkua­sa dalam menjalanka­n tugas penguatkua­saan yang berkaitan dengan undangunda­ng pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamata­n kemudahan awam dan menjaga kebersihan bagi memastikan bandar Labuan sentiasa bersih, indah. cantik dan menarik.

 ??  ??
 ??  ?? ROZMAN (dua kiri) bersama Azhar (dua kanan) mencuba motosikal peronda Jabatan Penguatkua­sa.
ROZMAN (dua kiri) bersama Azhar (dua kanan) mencuba motosikal peronda Jabatan Penguatkua­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia