Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu maut, penumpang cedera dalam kemalangan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang pemandu maut manakala penumpangn­ya cedera ringan selepas lori kargo yang sarat dengan muatan baja dinaiki mereka terbabas di Kilometer 16 Jalan Lahad Datu-Tawau, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Saparudin Madawing, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Manakala penumpangn­ya berusia 19 tahun mengalami cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Tawau.

Bagaimanap­un, sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika menuruni bukit dengan keadaan jalan yang berselekoh, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik ke dalam gaung arah ke Tawau.

“Impak daripada kemalangan itu, keduadua mangsa tersepit sebelum mangsa pertama iaitu penumpang berjaya dikeluarka­n oleh Pasukan Bom badan Penyelamat daerah pada kira-kira jam 7.30 pagi. Sementara mayat Saparudin berjaya dikeluarka­n kira-kira jam 9.30 pagi oleh pasukan penyelamat.

“Saparudin disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan yang tiba di lokasi kemalangan akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan, kedua-dua rusuk patah dan pendarahan di paru-paru,” katanya sambil menambah, mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Menurut Hamzah, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Kemil Rahmat.

 ??  ?? KEADAAN lori kargo yang terbalik di tempat kejadian.
KEADAAN lori kargo yang terbalik di tempat kejadian.
 ??  ?? ANGGOTA bomba bertugas sedang berusaha mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba bertugas sedang berusaha mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia