Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan lari tidak kesampaian

Dua peragut ditahan selepas kemalangan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

“Kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian motosikal suspek kemudianny­a bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda dari arah bertentang­an. Pertembung­an menyebabka­n motosikal yang dinaiki terperosok di bawah kereta dan dua suspek yang tercampak di tepi jalan ditangkap orang lokasi.” ramai yang berada di

ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Dua peragut bukan sahaja berputih mata malah bakal berhadapan hukuman penjara apabila berjaya ditahan selepas meragut seorang wanita yang baru habis berjoging di Taman Bukit Sepanggar, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata keduadua suspek berumur 18 dan 27 tahun itu berjaya ditahan sepasukan orang awam selepas mengalami kemalangan berhampira­n lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur 24 tahun baharu selesai berjoging bersama bapanya dan berhenti di simpang jalan sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal dari arah belakang.

“Pembonceng motosikal terbabit kemudianny­a meragut telefon bimbit mangsa menyebabka­n mangsa cuba melawan sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan di jari kanan,” katanya.

Katanya suspek kemudianny­a beredar meninggalk­an lokasi kejadian dengan membuat pusingan U dan memecut melawan arus.

“Kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian motosikal suspek kemudianny­a bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda dari arah bertentang­an. “Pertembung­an menyebabka­n motosikal yang dinaiki terperosok di bawah kereta dan dua suspek yang tercampak di tepi jalan ditangkap orang ramai yang berada di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Chandra berkata siasatan lanjut mendapati keduadua suspek terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah dan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? KEADAAN motosikal suspek yang terperosok di bawah kereta pacuan empat roda selepas bertembung akibat menunggang di jalan bertentang­an.
KEADAAN motosikal suspek yang terperosok di bawah kereta pacuan empat roda selepas bertembung akibat menunggang di jalan bertentang­an.
 ??  ?? DUA suspek yang berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
DUA suspek yang berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia