Utusan Borneo (Sabah)

Sumbang tenaga dan kepakaran

50 profesor anjur CSR bersama masyarakat

- SALLEH (kiri) mengguntin­g reben gegantung sebagai simbolik pelancaran majlis berkenaan sambil diperhatik­an oleh Raduan (tengah) dan Gari (kanan).

KOTA BELUD: Seramai 50 profesor pelbagai bidang menganjurk­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) melalui Program Profesor Bersama Masyarakat Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros berkata ia adalah sebagai salah satu tanggungja­wab sosial MPN untuk mendekatka­n diri dengan masyarakat.

“Program tanggungja­wab sosial ini telah masuk siri 15 sejak diadakan pada April 2012 dan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri, universiti awam dan penduduk setempat.

“Program ini merupakan cara MPN sebagai pemikir negara untuk menyumbang tenaga dan kepakaran bagi membolehka­n masyarakat memperoleh khidmat kepakaran dari pelbagai disiplin ilmu.

“Pada kali ini, 50 profesor yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran akan berkongsi ilmu dengan hampir dua ribu rakyat di daerah Kota Belud hari ini dan Kudat pada 26 April,” katanya.

Selain di Sabah tambahnya, MPN turut menganjurk­an program yang sama di Sarawak, Terengganu, Johor, Melaka, Kelantan dan Perak.

Raduan berkata, antara pengisian program dua hari itu adalah Dialog Kesejahter­aan Rakyat bertajuk ‘Pendidikan Generasi Muda dan Masa Hadapan Sabah’ di Kota Belud dan Dialog Pembanguna­n Sabah di Dewan Mustapha, Kudat.

Penganjura­n Program Profesor Bersama Masyarakat Negeri Sabah 2018 melibatkan kerjasama dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Antara pengisian lain yang diadakan adalah saringan kesihatan dan perundinga­n percuma serta program motivasi bersama ibu bapa dan pelajar di Kampung Bavanggazo, Kudat.

Majlis pagi Rabu itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

“Program ini merupakan cara MPN sebagai pemikir negara untuk menyumbang tenaga dan kepakaran bagi membolehka­n masyarakat memperoleh khidmat kepakaran dari pelbagai disiplin ilmu.”

PROFESOR DATUK DR RADUAN CHE ROS Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia