Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi Bersih 4.0 Sabah bebas tuduhan

Mengikut Akta Perhimpuna­n Aman 2012

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Pengerusi Bersih 4.0 Sabah dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengikut Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu terhadap Jannie Lasimbang, 54, selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakima­n itu, beliau bersetuju dengan saksi kedua pihak pembelaan, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Sernam Singh, 47, tidak dipanggil semasa peringkat pendakwaan untuk memberikan keterangan mengenai pemilik taman awam Likas Bay, Tanjung Lipat, Likas.

Setelah mendengar keterangan Sernam, kawasan terbabit adalah tanah negeri kerana belum diwartakan untuk penggunaan jabatan atau tujuan umum, mengikut Seksyen 28 Ordinan Tanah.

Cindy juga bersetuju dengan pihak pembelaan, mengikut Seksyen 5 dan Seksyen 47 Ordinan Tanah, pemilikan kawasan terbabit hanya diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur kerana pemilikan belum diwartakan, kepada manamana badan kerajaan.

Oleh itu, persetujua­n pemilikan untuk kawasan berkenaan harus diperolehi daripada Jabatan Tanah dan Ukur, atau jabatan kerajaan lain yang berkaitan, bukan dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pertuduhan pertama, pada 29 Ogos 2015 jam 2 petang hingga jam 9.30 malam, di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, di sini, responden didakwa menganjurk­an perhimpuna­n gagal menyertaka­n Salinan Persetujua­n DBKK.

Berkenaan pemberitah­uan bertarikh pada 19 Ogos 2015 kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Chandraseh­karan A/L Muthu, dalam tempoh sepuluh hari sebelum perhimpuna­n, seperti yang dikehendak­i mengikut Seksyen 10 (c) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 (Akta 736).

Kedua, pada 30 Ogos 2015 jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, di tempat sama, responden didakwa atas pertuduhan sama.

Semua pertuduhan itu, Jannie didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta sama, denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pilihan pertama, pada hari dan di tempat sama, responden didakwa menganjurk­an satu perhimpuna­n yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan Ketua Polis Daerah bagi menetapkan persetujua­n DBKK.

Pilihan kedua, pada 30 Ogos tahun lalu jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, di tempat sama, responden didakwa atas pertuduhan sama.

Setiap pertuduhan itu, sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 15 (3) akta sama, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun, manakala peguam Ram Singh mewakili Jannie.

Majistret Cindy McJuce Bal itu s membuat keputusan itu terhadap Jannie Lasimbang, 54, selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

 ??  ?? JANNIE (kanan) dan Ram (kiri), di luar kamar mahkamah setelah tamat prosiding.
JANNIE (kanan) dan Ram (kiri), di luar kamar mahkamah setelah tamat prosiding.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia