Utusan Borneo (Sabah)

Pecah amanah: Lelaki dipenjara setahun, denda

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang melakukan pecah amanah dikenakan penjara setahun dan denda RM3,000, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Ardianshah Suniansah dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didapati menggunaka­n wang sebanyak RM1,150 yang diserahkan oleh seorang lelaki, pada 21 Februari hingga 7 Mei tahun lalu di hadapan sebuah kedai perabot, daerah Putatan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau sebat, atau boleh dikenakan denda.

Jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah memerintah­kan penjara selama enam bulan dikenakan.

Semasa rayuan, tertuduh memohon pemenjaraa­nnya bermula dari tarikh tangkap, kerana perlu menanggung keluargany­a.

“Saya ada seorang isteri dan anak, kami tiada keluarga di sini. Rumah kami juga baharu terbakar di Tawau,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik premis hiburan dikenakan denda sebanyak RM6,000 atau penjara enam bulan, kerana menjalanka­n operasi tanpa lesen.

Hor Khar Choon, 28, yang berasal dari Johor Baharu mengaku bersalah mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun, atau keduaduany­a.

Kesalahan dilakukan pada 16 Disember tahun lalu jam 2.40 pagi, di sebuah premis hiburan di Mogonibong, daerah Penampang.

Semasa sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Penampang melakukan pemeriksaa­n di premis terbabit, mendapati muzik masih dimainkan dan mendapati operasi dijalankan tanpa lesen.

Ardianshah dan Hor tidak diwakili peguam, pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia