Utusan Borneo (Sabah)

Bapa tunggal dipenjara tiga bulan dan denda, miliki dua pedang samurai

-

KOTA KINABALU: Seorang bapa tunggal yang memiliki dua bilah pedang samurai, dikenakan penjara tiga bulan dan denda RM50, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Junior Romerez George, 29, dijatuhkan hukuman itu oleh hakim Noor Hafizah Mohd Salim, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan.

Tertuduh didapati memiliki dua bilah pedang samurai tanpa hulu dengan tujuan menyalahi undang-undang.

Kesalahan dilakukan pada 13 Julai tahun lalu jam 10.30 malam, di sebuah rumah Kampung Raganan Berungis, daerah Tuaran.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21( h) Ordinan kesalahan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Semasa rayuan, peguam Arthur Bornie menyatakan, tertuduh mempunyai dua anak yang berada dalam jagaannya.

“Tertuduh sum berekonomi keluarga dan berharap, setelah tamat tempoh penjara, dirinya dapat menjadi ayah yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, sekiranya gagal membayar denda terbabit, penjara selama 30 hari dikenakan.

Sementara itu, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 20 hingga 21 Ogos, terhadap seorang lelaki yang didakwa menyebabka­n cedera parah terhadap seorang lelaki.

Keputusan itu dilakukan terhadap Jeernie Jani, 30, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mencederak­an Aminurrasy­id Johateh, 30, dengan menggunaka­n lastik besi, pada 24 Februari jam 10.30 pagi di tepi jalan Kampung Kambizaan, daerah Papar.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan dan tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia