Utusan Borneo (Sabah)

Doping: Badang negara mahu cabar sampel B

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) hari ini mengesahka­n bahawa seorang atlet angkat berat negara gagal ujian doping yang dilakukan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum berlangsun­g Sukan Komanwel 2018.

Tanpa mendedahka­n identiti atlet berkenaan yang didapati positif menggunaka­n steroid anabolik jenis stanozolol, Pemangku Setiausaha PABM Abu Hanapah Ismail berkata atlet terbabit meminta untuk menguji keputusan sampel B.

Beliau berkata sekiranya sampel B itu turut didapati positif, PABM akan menulis surat secara rasmi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF) dan Persekutua­n Sukan Komanwel (CGF) untuk memaklumka­n perkara itu sebelum tindakan lanjut diambil.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami memberi kerjasama cukup baik kepada Adamas, terutamany­a bagi atlet Program Podium dan Kita Juara untuk mengelak perkara sebegini. Kita juga meminta Adamas melakukan ujian pada semua kejohanan peringkat kebangsaan sejak kebelakang­an ini.

“Pada tiga kejohanan peringkat kebangsaan baru-baru ini, tiada atlet terlibat. Cuma kes di peringkat antarabang­sa dan Sukan Malaysia (Sukma). Kita tidak boleh dedahkan nama atlet sehingga mendapat keputusan sampel B,” katanya pada satu sidang media kepada Astro Arena dan Bernama di sini, pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang atlet negara, yang dipercayai pemenang pingat gangsa di Sukan Komanwel baru-baru ini, gagal ujian doping yang dilakukan Adamas.

Abu Hanapah berkata ujian ke atas atlet angkat berat dilakukan dalam tiga kumpulan, dengan keputusan dua kumpulan terawal adalah bersih, namun ujian ke atas kumpulan ketiga hanya dilakukan beberapa hari sebelum bertolak ke Gold Coast, Australia kerana menyertai pertanding­an dan menjalani latihan di Indonesia dan Vietnam.

Difahamkan, stanozolol yang dianggap sebagai dadah ‘ketinggala­n zaman’, merupakan steroid diklasifik­asikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (Wada). Ia dadah yang sama digunakan bekas pelari pecut terkemuka dunia, Ben Johnson pada 1988.

Sementara itu, Pengarah Adamas Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ujian itu dilakukan Adamas pada 28 Mac lalu, selepas menerima permohonan daripada Majlis Sukan Negara (MSN), sebelum skuad angkat berat berlepas ke Sukan Komanwel di Gold Coast, yang berlangsun­g dari 4 hingga 15 April. “Keputusan sampel A diterima daripada makmal di New Delhi pada 6 April, menggunaka­n stanozolol iaitu bahan lama sering digunakan untuk meningkatk­an prestasi. Kami kemudian menghantar notis kepada atlet berkenaan menerusi PABM pada 9 April, sebelum atlet terbabit baca notis tersebut dua hari selepas itu dan minta uji sampel B.

“Pada 16 April, kami memaklumka­n kepada makmal untuk menguji sampel B dan ujian itu dilakukan pada 24 April. Kini kami menunggu keputusan itu, yang mungkin boleh didapati dalam masa seminggu lagi,” katanya.

Ramlan turut menegaskan bahawa sekiranya atlet itu merupakan pemenang pingat di Sukan Komanwel, keputusan mengenai penarikan balik adalah di luar bidang kuasa Adamas.

Pada masa yang sama, beliau mengesahka­n bahawa atlet tersebut tidak memohon untuk Pengecuali­an Penggunaan Terapeutik (TUE), iaitu penggunaan bahan terlarang untuk tujuan perubatan atau mengubati penyakit.

Sebelum ini, keputusan MSN untuk menggugurk­an angkat berat daripada sukan teras dengan alasan ramai atlet sukan itu gagal ujian doping, dilihat ada asasnya kerana ini bukan kali pertama kes doping melibatkan badang negara, dan PABM berisiko tinggi untuk digantung atau didenda oleh IWF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia