Utusan Borneo (Sabah)

Olahraga MSSM: Sabah raih 29 pingat

Sehingga hari ke-4 Kejohanan Olahraga Kali Ke60, 2018 MSSM di Selangor

- Oleh SALMAN ABADI

SHAH ALAM: Kontinjen olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) meraih 29 pingat setakat hari ke-4 Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-60, 2018 yang sedang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Negara Panasonic, Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (KBSM), di sini.

Pegawai Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abdul Rahman Wahab berkata, sehingga jam 6 petang Khamis, Sabah mengutip 29 pingat iaitu 11 emas, 10 perak dan 8 gangsa.

Katanya, 11 pingat emas MSS Sabah disumbangk­an oleh Mohd Azri Pirasa bagi kategori lelaki bawah 15 tahun (L15) melalui acara 800 meter (m) dengan masa 2:03.08s, Mohd Fitri Haeuser (L12) dalam acara pecut 100m (12.28s), Mohd Sunik (lompat jauh, 7.06m), Halimatul Sadiah Mohamad Raja (P15) bagi acara 100m lari berpagar (14.96s), Amirul (L12) bagi acara 80m lari berpagar, Puteri Nursafira (P18) dalam acara 400m (59.72s) dan juga Amir (L12) dalam acara 200m

Turut menyumbang pingat emas untuk kontinjen MSS Sabah ialah ketiga-tiga pasukan bagi rangkaian L12 4X100m (48.31s), L18 4X100m (41.90s) dan P18 4X100m (48.94s).

Pingat perak Sabah diperolehi menerusi Mohammad Nizam Marzuki (L12) melalui acara 100m dengan masa 12.29s, Mohamad Din Norbik (L18) dalam acara 100m (10.7s), Alvin Roland (L18) lompat kijang (14.19m) dan Ezla Joanes (P18) bagi acara 100m lari berpagar serta atlet L12 bagi acara 80m lari berpagar.

Turut menyumbang perak ialah Mirach Han (L18) bagi acara lempar cakera (48.54m), Mohd Nizam Marzuki (L12) 80m lari berpagar (11.82s) dan Mohd Nizam Budiman (L12) dalam acara lompat jauh (5.45m).

Pingat gangsa diperolehi melalui Randy Yantalu (L18) bagi acara merejam lembing dengan catatan 51.97m, Olivia Da Onidian Jainis (P18) juga acara merejam lembing ( 36.89m), manakala Muhd Sunik (L18) turut menyumbang gangsa dalam acara lompat kijang (14.17m).

Turut menyumbang gangsa ialah Nuramirah Qistina (P12) dalam acara 80m lari berpagar (13.79s), Azroy Jenol (L12) bagi acara lompat jauh (5.42m) dan Shery Sherly Joanes (P15) acara lompat jauh (5.11m).

Kedudukan itu meletakkan kontinjen MSS Sabah di tempat ketiga di belakang negeri jiran Sarawak yang mendahului carta kutipan pingat dengan meriah 13 emas, 12 perak dan 16 gangsa, h Johor di tempat kedua dengan 13 emas, 9 perak dan 8 gangsa.

Sabah menduduki tempat ketiga dengan kutipan 11 emas, 10 perak dan 8 gangsa untuk mengumpul 29 pingat setakat petang Khamis, diekori Selangor (8E, 15P, 13G) dan Perak (7E, 6P, 21G) di tempat ke-4 dan ke-5 daripada 15 kontinjen yang mengambil bahagian.

Kutipan pingat dijangka berubah apabila beberapa lagi acara akhir berlangsun­g hari ini (27 April) iaitu hari terakhir kejohanan itu.

Para atlet MSS Sabah yang berjaya meraih pingat telah mendapat sumbangan atau saguhati insentif kemenangan yang disampaika­n oleh pengurus kontinjen MSS Sabah 2018 yang juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, Umin Haji Sadi.

Turut bersama kontinjen MSS Sabah ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) SPK JPN Sabah, Datu Roslin Datu Siabok dan para pegawai Unit Sukan SPK JPN Sabah, Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pelari 4X100m (L18) meraihkan pingat emas bersama Umin Haji Sai (kiri) dan Datu Roslin (kanan).
BARISAN pelari 4X100m (L18) meraihkan pingat emas bersama Umin Haji Sai (kiri) dan Datu Roslin (kanan).
 ??  ?? MOHD SUNIK, emas lompat jauh.
MOHD SUNIK, emas lompat jauh.
 ??  ?? MIRACH cakera. HAN, perak lempar
MIRACH cakera. HAN, perak lempar
 ??  ?? UMIN (kanan) menyerahka­n saguhati insentif kemenangan kepada para atlet penyumbang pingat MSS Sabah sambil disaksikan Datu Roslin (kiri).
UMIN (kanan) menyerahka­n saguhati insentif kemenangan kepada para atlet penyumbang pingat MSS Sabah sambil disaksikan Datu Roslin (kiri).
 ??  ?? ABD. RAHMAN (kiri) bersama sebahagian pegawai kontinjen MSS Sabah, Mohd. Adli, Umin, Datu Roslin dan Jauhan.
ABD. RAHMAN (kiri) bersama sebahagian pegawai kontinjen MSS Sabah, Mohd. Adli, Umin, Datu Roslin dan Jauhan.
 ??  ?? BARISAN jurulatih dan pegawai kontinjen MSS Sabah di MSSM Selangor 2018.
BARISAN jurulatih dan pegawai kontinjen MSS Sabah di MSSM Selangor 2018.
 ??  ?? PELARI 4X100m L12 turut menyumbang pingat emas.
PELARI 4X100m L12 turut menyumbang pingat emas.
 ??  ?? PELARI 4X100 (P18) meraih emas (48.96s).
PELARI 4X100 (P18) meraih emas (48.96s).
 ??  ?? ALVIN, gangsa lompat kijang.
ALVIN, gangsa lompat kijang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia