Utusan Borneo (Sabah)

Sabah kembali dengan kemenangan Catat kemenangan tipis 1-0 ke atas MISC-MIFA di Likas

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah tebus kekalahan sebelum ini dengan kemenangan 1-0 ke atas MISC-MIFA pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Likas pada Khamis.

Sabah bagaimanap­un dipaksa bergelut mendapatka­n kemenangan itu dan hanya memperoleh­inya menerusi sepakan penalti yang disempurna­kan Stanley Sulong pada minit ke-60.

Sabah dihadiahka­n sepakan penalti selepas Hamran Peter dijatuhkan pertahanan lawan di dalam kotak penalti.

Selain jaringan itu, tiada ancaman yang benar-benar mencemaska­n daripada keduadua pasukan.

Sabah ada beberapa peluang tetapi gagal diterjemah­kan kepada jaringan sama ada tersasar atau ditujukan tepat ke arah penjaga gol.

Pengurus pasukan, Mohd Yassin Aman berkata, ia adalah kemenangan melegakan selepas dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, kalah 1-0 di tangan Kedah dan tumpas 2-3 kepada Pahang.

“Walaupun hanya menang tipis ia tetap memberi jumlah mata sama iaitu tiga mata.

“Paling penting dapat tiga mata dan temui semula rentak kemenangan yang diperlukan bagi mengembali­kan keyakinan pemain yang sedikit terjejas selepas dua kekalahan berturut-turut sebelum ini,” kata Yassin.

Beliau berkata, masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki yang akan mereka usahakan bagi memastikan kedudukan Sabah di dua tangga teratas kekal sehingga saingan peringkat kumpulan yang berbaki tujuh perlawanan itu selesai.

“Masih ada tujuh baki perlawanan, kami akan pastikan dapat tiket ke suku akhir kalau boleh sebagai pasukan di kedudukan dua teratas,” katanya.

Tiket ke suku akhir diperuntuk­kan kepada empat pasukan teratas.

Kemenangan pada Khamis memberikan mata ke-30 untuk skuad bimbingan Johnny Dominicus itu kekal di dua kedudukan teratas.

Sebelum perlawanan Khamis, Sabah dan Kedah berkongsi jumlah kutipan 27 mata.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Perlis juga di Stadium Likas pada 30 April.

 ?? Gambar ihsan Freddie Anthony Jacob ?? PENYERANG Sabah, Shariman Mukarim bersaing di udara dengan penjaga gol MISC-MIFA pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Likas pada Khamis.
Gambar ihsan Freddie Anthony Jacob PENYERANG Sabah, Shariman Mukarim bersaing di udara dengan penjaga gol MISC-MIFA pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Likas pada Khamis.
 ??  ?? MOHD YASSIN
MOHD YASSIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia