Utusan Borneo (Sabah)

Membudayak­an Perpaduan, Meraikan Kepelbagai­an

1,000 ahli KRT hadiri Karnival Perpaduan Matunggong

- JEJAK PERPADUAN

HAMPIR seribu orang warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Matunggong membanjiri Dewan Terbuka Pekan Matunggong seawal jam 7.00 pagi, pada Sabtu lepas untuk memeriahka­n lagi Karnival Perpaduan yang julung-julung kalinya diadakan di daerah itu.

Pelbagai acara diadakan untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur, bangsa, agama dan juga latarbelak­ang yang berbeza sempena karnival bertemakan “Membudayak­an Perpaduan, Meraikan Kepelbagai­an.

Antaranya ialah pameran produk dan jualan dari KRT, pertanding­an mewarna kanak- kanak, pertanding­an tarik tali, pertanding­an mingranggo­u, pertanding­an anyaman tali plastik, pertanding­an masakan tradisi, pertanding­an gubahan bunga, pertanding­an bintang perpaduan, pertanding­an gusti lengan dan pertanding­an ratu ibu anggun perpaduan.

Selain itu terdapat juga pameran dari agensi seperti Amanita dari IPD Kudat, KPDNKK Kudat, APM dan Thalassemi­a yang turut mengadakan kempen derma darah. Kospen Tinangol juga turut mengadakan saringan kesihatan sepanjang karnival itu berlangsun­g.

Menurut Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Matunggong , Mohd Nasir Adli,sebanyak 29 KRT Matunggong memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik dalam menjayakan karnival ini.

Selain itu peranan dari Pejabat Daerah Kecil Matunggong turut menjadi pemangkin utama kepada kejayaan program ini.

Hasilnya program ini mendapat perhatian dan perbualan penduduk setempat serta membuktika­n keberkesan­an dan kesan impak yang besar dari peranan KRT dalam menjayakan agenda perpaduan di Daerah Matunggong.

Karnival ini di sempurnaka­n oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah , Ketua Pengarah Perpaduan Malaysia, Datuk Baharin Idris, Pengarah Perpaduan Sabah Delin Liet Blaun, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Bianus Kontong, Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Taong dan Pegawai Perpaduan Daerah ( Matunggong/Kota Marudu/Pitas) Nasiruddin Ahmad.

Selain itu turut hadir Pengarah Majlis Keselamata­n Negara, Datuk Rodzi Bin Md Saad dan isteri.

Dalam ucapan perasmi, beliau mengucapka­n tahniah atas kecemerlan­gan dan keaktifan KRT Matunggong.

Beliau juga turut memuji bilangan KRT yang semakin bertambah dari awal pembukaan yang dahulunya 1 KRT kini sudah menjadi 29 KRT.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih atas peranan Jabatan Perpaduan yang banyak membantu serta memperkuku­hkan agenda perpaduan di setiap KRT Daerah Matunggong.

Dalam majlis yang sama, beliau dengan sukacitany­a turut mengumumka­n sumbangan peruntukan sebanyak RM 1,000 kepada setiap 29 KRT di Matunggong sebagai geran tambahan untuk melaksanak­an aktiviti dan program.

Turut hadir dalam karnival ini adalah ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di Daerah Matunggong, pegawaipeg­awai serta guru-guru dari Perpaduan Matunggong/Kota Marudu/Pitas. Agensi seperti APM, Rela, PDRM, Hopsital dan Klinik yang berdekatan serta pengunjung dari luar daerah Matunggong.

 ??  ?? TETAMU kehormat bergambar bersama hadirin yang hadir selepas program selesai.
TETAMU kehormat bergambar bersama hadirin yang hadir selepas program selesai.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil penghargaa­n dan “moq cheque” kepada 29 KRT Matunggong.
PENYAMPAIA­N sijil penghargaa­n dan “moq cheque” kepada 29 KRT Matunggong.
 ??  ?? ANTARA KRT yang hadir.
ANTARA KRT yang hadir.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N hadiah Ratu Ibu Anggun Perpaduan.
PENYAMPAIA­N hadiah Ratu Ibu Anggun Perpaduan.
 ??  ?? PERTANDING­AN gusti lengan.
PERTANDING­AN gusti lengan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia