Utusan Borneo (Sabah)

KM yakin BN akan menang PRU14

Ulas kenyataan pemerhati politik PRU14 lebih mencabar

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita yakin, BN akan menang dalam PRU14 ini... Ia (BN) akan menang dan kita yakin,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan calon-calon BN Sarawak untuk PRU14 dan menyerahka­n watikah kepada mereka di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, pada Rabu.

Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan beberapa pemerhati politik yang mengatakan PRU14 ini dijangka lebih mencabar untuk Najib mengekalka­n 133 kerusi dimenangi pada PRU13 (2013).

PRU14 turut dikatakan menjadi pertarunga­n sengit untuk BN terutama di negerinege­ri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Alexander Nanta Linggi percaya BN akan menang di bawah Najib dengan sokongan padu daripada Sarawak yang menyasar menang 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini.

“Kita akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan BN menang. Saya tidak melihat Putrajaya akan ‘jatuh’ (ke tangan pembangkan­g).

“Dalam BN, kita sedar peranan penting dimain Sarawak dan kita (BN) mahu memberi yang terbaik secara keseluruha­nnya kepada BN di Malaysia,” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Kapit selama lima penggal itu menambah, Sarawak akan terus menyokong Najib sebagai Perdana Menteri kerana beliau konsisten dalam usaha menurunkan kuasa kepada negeri ini.

Beliau berkata, jika Sarawak menyumbang paling banyak kerusi kepada BN, maka Sarawak akan memainkan peranan penting dalam mentadbir negara.

“Kami bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana beliau telah bersikap adil kepada kita dan beliau sebenarnya telah melakukan lebih banyak kepada Sarawak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Nanta yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah turut percaya jika Sarawak memenangi banyak kerusi, maka Sarawak boleh mengharapk­an peruntukan lebih baik daripada kerajaan Persekutua­n.

 ??  ?? ABANG Johari (empat kanan) bersama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga kanan) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (lima kiri) bergambar dengan 31 calon BN Sarawak untuk PRU14, pada Rabu.
ABANG Johari (empat kanan) bersama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga kanan) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (lima kiri) bergambar dengan 31 calon BN Sarawak untuk PRU14, pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia