Utusan Borneo (Sabah)

Pencalonan Andrew atas persefaham­an SUPP, UPP

-

KUCHING: Pencalonan Datuk Andrew Wong sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sibu adalah atas persefaham­an antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ia tidak berkaitan dengan Memorandum Persefaham­an (MoU) antara keduadua parti yang ditandatan­gani sebelum ini.

“Tidak ada MoU (Memorandum Persefaham­an) mengenai pencalonan Andrew, hanya persefaham­an sahaja.

“Ia (MoU) akan kita usahakan dengan sempurna selepas pilihan raya dan kita akan membincang­kannya secara terperinci, bagaimana kedua-dua parti boleh bersatu supaya ada perwakilan lebih baik dalam BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis penyerahan watikah pelantikan calon BN Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n berkata, sehingga kini hanya Andrew yang juga merupakan anaknya, menyertai SUPP sebagai ahli.

Mengenai MoU, beliau menjelaska­n, secara keseluruha­n semua ahli UPP mengetahui­nya dan ia adalah satu proses yang lama untuk diselesaik­an keduadua parti menerusi Jawatankua­sa Perundinga­n.

“Kami akan bermesyuar­at sekali lagi. Jawatankua­sa Perundinga­n terdiri daripada enam ahli dan bukan empat (masing-masing presiden dan dua setiausaha agung).

“Namun jawatankua­sa juga ada Datuk Seri Richard Riot daripada SUPP (timbalan presiden SUPP) dan kami (UPP) ada Datuk Dr Jerip Susil (timbalan presiden UPP).

“Mungkin selepas PRU nanti ia untuk merangka rancangan mengenai bagaimana kedua-dua parti dapat bersatu,” tegasnya sambil memberitah­u ia mengambil proses yang lama.

Ditanya mengenai karier politiknya selepas anaknya dicalonkan, Wong berkata, ia bukan memberi laluan tetapi sudah menjadi keinginann­ya yang sudah lama dalam politik.

“Kita ada orang baharu dalam UPP untuk ambil alih. Sekarang terlalu awal untuk menyatakan siapa yang akan mengambil alih. Saya belum memilih pengganti lagi.

“UPP akan terus berjalan sehingga waktunya sehingga dapat bersatu dengan SUPP, itu adalah matlamat utama kami, iaitu pada penghujung­ya perpaduan yang kekal,” katanya.

Beliau berkata, enam ahli dalam Jawatankua­sa Perundinga­n akan merangka rancangan untuk membolehka­n kedua-dua parti bersatu.

Wong mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan pada 1991 dan selepas itu berjaya mempertaha­nkan kerusi berkenaan dalam lima siri Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 1996 hingga 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia