Utusan Borneo (Sabah)

Guna platform digital dekati rakyat memerlukan

-

KUCHING: Ahli terapi cara kerja di negeri ini perlu lebih proaktif dan berganjak kepada platform digital untuk mendekati rakyat yang memerlukan khidmat mereka terutama di pedalaman Sarawak.

Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Chin Zin Hing berkata liputan khidmat terapi cara kerja di negeri ini semakin meluas di mana hampir semua 23 hospital kerajaan mempunyai ahli terapi cara kerja.

Malah katanya, ahli terapi cara kerja kini juga boleh didapati di kebanyakan klinik kesihatan di negeri ini.

Tetapi katanya, kita masih berhadapan dengan cabaran untuk mendekati penduduk kampung dan rumah panjang di pedalaman negeri ini.

“Ini adalah paling mencabar dengan sumber sedia ada yang kita ada iaitu tenaga kerja dan fasiliti, jika kita melakukann­ya dengan cara konvension­al.

“Saya percaya ahli terapi terutama anda di Sarawak boleh lebih proaktif dengan terlibat dalam Strategi Ekonomi Digital 2018-2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Ahli Terapi Cara Kerja Malaysia (MOTNC) 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu.

Turut hadir Presiden Persatuan Terapi Cara Kerja Malaysia Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan Ketua Unit Terapi Cara Kerja HUS Jalina Ismail.

Tambah Dr Chin, salah satu daripada tujuh teras utama ekonomi digital Sarawak adalah Kesihatan Digital dan tindakan strategikn­ya ialah meningkatk­an aksesibili­ti dan memperbaik­i tahap perkhidmat­an kesihatan dan perubatan.

Sebagai contoh, dengan sambungan Internet dan peralatan pintar, pilihan jagaan pesakit tidak hanya dihadkan oleh lokasi geografi.

Platform atas talian (online) bagi ahli farmasi dan doktor untuk memberi khidmat kepada pesakit juga boleh diguna pakai oleh ahli terapi.

“Nasihat saya kepada ahli terapi cara kerja di Sarawak, jangan tunggu arahan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperakui Sarawak sebagai negeri peneraju dalam ekonomi digital, jadi jangan tunggu dan jangan ketinggala­n bot,” katanya.

 ??  ?? DR Chin melakukan simbolik perasmian MOTNC 2018 yang berlangsun­g di Kuching bermula Rabu hingga 27 April ini.
DR Chin melakukan simbolik perasmian MOTNC 2018 yang berlangsun­g di Kuching bermula Rabu hingga 27 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia