Utusan Borneo (Sabah)

Berusaha beri khidmat ikhlas kepada rakyat: Hanifah

-

KUCHING: Berusaha memberi khidmat yang ikhlas demi kepentinga­n rakyat khasnya di Mukah selain komited bekerjasam­a dengan wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Demikian komitmen Dato Hanifah Hajar Taib, 46, yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Mukah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Mengenai pencalonan saya ini, apa yang saya boleh katakan, pertamanya saya sentiasa meminta panduan daripada Allah untuk memberikan sebaik-baiknya kepada saya demi kepentinga­n rakyat dan mengukuhka­n silaturahi­m bersama mereka bagi memahami kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Saya juga akan bekerjasam­a dengan ADUN-ADUN di kawasan iaitu Yang Berhormat Dalat (Dato Sri Fatimah Abdullah), Yang Berhormat Tellian (Yusibnosh Balo) dan Yang Berhormat Balingian (Abdul Yaakub Arbi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima watikah pelantikan pencalonan pada Pilihan Raya Umum Ke14 yang disampaika­n Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, Rabu.

Hanifah yang juga anak bongsu kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bertanding di kerusi Parlimen Mukah bagi menggantik­an penyandang­nya Tan Sri Muhammad Leo Toyad yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di situ sejak 1982.

Ditanya mengenai tekanan dihadapi apabila dikaitkan dengan bapanya, Tun Taib, Hanifah mengakui memang ada sedikit tekanan.

“Tekanan memang ada tetapi jangan lupa ini adalah kali pertama saya masuk dalam politik dan saya mohon maaf kerana mungkin tidak mengetahui tentang semua aspek politik, jika boleh diharap bersabar dan beri panduan kepada saya,” katanya.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu turut dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Alexander Nanta Linggi.

 ??  ?? HANIFAH menerima watikah pelantikan daripada Abang Johari di Ibu Pejabat PBB dan turut kelihatan Awang Tengah (kanan), Uggah (tiga kiri) serta Nanta (dua kiri).
HANIFAH menerima watikah pelantikan daripada Abang Johari di Ibu Pejabat PBB dan turut kelihatan Awang Tengah (kanan), Uggah (tiga kiri) serta Nanta (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia