Utusan Borneo (Sabah)

Kereta terbabas langgar pokok, lelaki maut

-

SIBU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Pedada di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, saisatan awal mendapati mangsa hilang kawalan ketika memandu lalu menyebabka­n keretanya terbabas ke laluan bertentang­an.

“Kereta mangsa kemudian tersasar ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan media, pada Ranu.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, mangsa, Sia Ung Kwong, 59, sedang memandu dari arah lampu isyarat Jalan Pedada-Jalan Oya menghala ke pusat bandar.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu dalam kemalangan berasingan, seorang jururawat patah tulang leher apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta di Jalan Oya Lama, jam 10 malam Selasa.

Mangsa, 27, dikatakan sedang memandu pulang dari tempat kerja apabila keretanya bertembung dengan kereta lain yang datang dari arah bertentang­an.

Akibat impak pelanggara­n itu, kereta mangsa terbabas ke tepi jalan bertentang­an.

Jururawat terbabit ditemui terbaring di sebelah tempat duduk pemandu ketika pasukan Bomba dan Penyelamat tiba untuk mengeluark­annya.

Bagaimanap­un, lelaki yang memandu kereta lain hanya mengalami cedera ringan.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan dan pemeriksaa­n lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia