Utusan Borneo (Sabah)

Adiwira Marvel bersatu untuk ‘Avengers: Infinity War’

-

LEBIH daripada 24 adiwira. Seorang penjahat besar. Mulakan pertarunga­n mega – dan lihatlah resit ‘box office’ menimbun.

Pada minggu ini, Marvel Studios menayangka­n filem yang amat dinanti-nantikan ‘Avengers: Infinity War’ di panggung seluruh dunia, hampir 10 tahun selepas ia memperkena­lkan peminat filem kepada dunia buku komiknya yang sentiasa berkembang dengan ‘Iron Man’.

Filem itu, yang muncul di panggung Amerika Syarikat (AS) pada malam Khamis, dijangka akan menjadi salah satu blockbuste­r terbesar pada tahun ini

– dan permulaan tidak rasmi kepada musim filem pada musim panas.

‘Infinity War’ merupakan filem ke-19 dalam apa yang dipanggil Marvel Cinematic Universe (MCU) – ia menggabung­kan sembilan francais yang begitu besar sekali, dan senarai pelakon kelihatan seperti barisan orang ternama dalam senarai A di Hollywood.

Robert Downey Jr akan memakai sut besi merah dan kuning sekali lagi sebagai Iron Man; Benedict Cumberbatc­h adalah Doctor Strange; Scarlett Johansson kembali sebagai Black Widow; dan Chris Hemsworth dari Australia adalah Thor.

Turut kembali untuk lebih lagi? Black Panther – kejayaan terbesar Marvel pada tahun ini selepas pembukaan yang begitu besar sekali bagi filem yang berdiri sendiri itu pada Februari lalu, Captain America, The Hulk, SpiderMan, Hawkeye, Guardians of the Galaxy dan sekutu mereka yang pelbagai.

Misi mereka? Untuk menghalang makhluk asing unggu yang begitu kuat Thanos (Josh Brolin)

daripada memusnahka­n alam semesta.

“Kami mengambil gambar setiap orang dengan watak yang pernah berada dalam MCU. Kami menggantun­gnya di atas dinding di sekeliling kami,” kata pengarah bersama Anthony Russo, yang mengarah filem itu bersama adiknya Joe, kepada pemberita sebelum filem itu diterbitka­n.

“Kami pada asasnya menghabisk­an masa berbulan-bulan untuk bercakap mengenai ke mana kami dapat pergi bersama setiap watak, bagaimana kami dapat melakar mereka menerusi cerita itu,” ujarnya.

“Setiap daripada watakwatak ini telah menempuh perjalanan yang sangat khusus menerusi MCU untuk tiba pada saat ini.” Ini merupakan filem

‘Avengers’ ketiga, dengan drama terakhir yang belum ada tajuk dijangka dikeluarka­n pada tahun depan.

Di sidang akhbar di Beverly Hills, pengarah dan bintang berhati-hati untuk tidak mendedahka­n terlalu banyak maklumat tentang jalan cerita filem itu.

Namun jangkaan adalah tinggi ekoran kejayaan begitu besar yang dikecapi ‘Black Panther’, yang setakat ini sudah mengaut lebih AS$1.3 bilion di seluruh dunia dan memecah rekod sepanjang zaman di Amerika Utara yang dicipta oleh ‘Titanic’, dengan lebih AS$680 juta di AS dan Kanada. Beberapa unjuran meramalkan ia dibuka dengan lebih AS$235 juta, dan malah lebih tinggi lagi, menurut Variety – hujung minggu pembukaan tertinggi sebanyak AS$248 juta untuk ‘Star Wars: The Force Awakens’ dapat dicapai.

“Ia adalah hebat untuk pergi daripada apa yang kami buat dengan ‘Black Panther’, dan membawa sebahagian daripadany­a ke dalam ‘Avengers’,” kata Chadwick Boseman, yang membawa watak itu – adiwira hitam pertama untuk menjadi watak utama dalam sesebuah filem.

“Ia adalah benda tersendiri.”

 ?? — Gambar AFP ?? FILEM BAHARU: Pelakon Bollywood (dari kiri) Kareena Kapoor Khan, Shikha Talsania, Sonam Kapoor dan Swara Bhaskar bergambar bersama semasa acara mempromosi­kan filem Hindi akan datang ‘Veere Di Wedding’ yang diarahkan oleh Shashanka Ghosh di Mumbai pada...
— Gambar AFP FILEM BAHARU: Pelakon Bollywood (dari kiri) Kareena Kapoor Khan, Shikha Talsania, Sonam Kapoor dan Swara Bhaskar bergambar bersama semasa acara mempromosi­kan filem Hindi akan datang ‘Veere Di Wedding’ yang diarahkan oleh Shashanka Ghosh di Mumbai pada...
 ??  ?? TOM HOLLAND
TOM HOLLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia