Utusan Borneo (Sabah)

Selebriti Asia sertai acara amal badminton & malam gala

-

FOREVER GACC Sdn Bhd akan menganjurk­an Grand Asian Celebrity Charity Badminton & Gala Nite 2018 pada 14 dan 15 Julai bagi mengumpul dana untuk projek pembanguna­n semula bangunan Spastik Kanakkanak Selangor & Wilayah Persekutua­n.

Penaung Terhormat bagi acara ini ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memberi sokongan secara berterusan sejak acara GACC Golf 2003 dan Malaysia China Yunnan Cultural Show 2005, kata syarikat dalam kenyataan.

Artis-artis tempatan seperti Fara Fauzana, Serina Datuk Redzuan, Nomad, Shah Slam, Shakila Koriri, Fikree Bakar, Datuk Fizz Fairuz, Faye Kusairi, Fadhil Dani, Razak Ahmad, Saida AF, Riot Kool, Mohd Khairuniza­m (Choong), Azhar AF, Datuk DJ Dave, Sabree Fadhi, Linda Onn, Adi Fashla, Tengku Hanis, Amber Chia, David Kong Yit Ying, Ooi Tec Poh dan Ani Mayuni turut menyertai acara amal ini.

Selebriti Asia seperti Miss Asia 2017, Honey Tian dan Ho Yuet Meng serta pelakon Cina, Miss Cosmo 2004 Datuk Carrie Lee dan Joyce Ye menyertai acara ini di samping penampilan khas dari Goh Liu Ying dan Foo Kok Kiong.

Menurut Forever GACC, dana yang dikumpulka­n dari sumbangan semasa Kejohanan Badminton & Malam Gala akan disalurkan kepada Persatuan KanakKanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutua­n (SCASF & FT) untuk tujuan pemulihan kanak-kanak dengan Cerebral Palsy.

Pengumpula­n dana itu dilakukan melalui sumbangan dari peserta badminton, penjualan tiket semasa kejohanan badminton, penjualan jadual untuk Makan Malam Gala Nite, jualan amal, lelongan dan ikrar dari awam, katanya.

Persatuan Warisan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) merupakan antara penganjur bersama yang memberi sokongan bagi acara amal ini.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai tiket, borang pendaftara­n badminton dan jadual untuk makan malam Gala Nite, sila layari www.ya1m.org/gaccb atau hubungi Spastic Children Associatio­n di talian 03 79582393 / 0379550296 atau Lisza Abd Kadir + 6019 339-1445 / +603 2276 -3327. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia