Utusan Borneo (Sabah)

Masjid baharu Taman Merpati bakal siap Januari 2020

-

SANDAKAN: Sebuah masjid baharu dibina di kawasan Taman Merpati dan dijangka akan siap menjelang Januari 2020.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid At-Taqwa di sini pada Ahad, berkata projek itu menelan kos RM10 juta dan akan dibina menggunaka­n kepakaran serta tenaga anak tempatan.

Menurutnya, bangunan masjid dua tingkat dengan reka bentuk istimewa itu akan menjadi tarikan utama para pelancong.

Masjid baharu berkenaan menggantik­an masjid yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan jemaah berikutan peningkata­n jumlah penduduk taman perumahan di kawasan terbabit.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar suara rakyat serta mengambil kira keperluan penduduk yang inginkan sebuah masjid baharu yang lebih besar dan luas.

“Ketika ini, masjid sedia ada hanya mampu menampung lebih kurang 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Tetapi, masjid baharu ini nanti dengan kapasiti 2,000 jemaah lengkap dengan pelbagai kemudahan serta reka bentuk paling indah akan memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan ibadah.

“Di samping itu, pembinaan masjid baharu juga membuka ruang dan peluang kepada kontraktor kecil dalam kalangan anak tempatan untuk bekerja dan akan menyiapkan­nya dalam tempoh 21 bulan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa penduduk di taman berkenaan dan sekitarnya supaya memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan.

Dalam ucapannya, Musa turut mengingatk­an umat Islam agar terus mengekalka­n perpaduan serta mengeratka­n silaturahi­m tanpa membezakan suku kaum.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an sijil lantikan kepada beberapa sub kontraktor yang terlibat dalam pembinaan masjid itu.

 ??  ?? MUSA menurunkan tandatanga­n pada plak papan tanda nama masjid sebagai gimik perasmian masjid berkenaan.
MUSA menurunkan tandatanga­n pada plak papan tanda nama masjid sebagai gimik perasmian masjid berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia