Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin, penyokong Warisan sertai BN

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Hampir 1,000 ahli akar umbi Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan ini meninggalk­an parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis di sini pada Ahad.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Ketua Cawangan Kg Padang Sapari Adnan melafazkan ikrar di hadapan Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Anifah Aman dan Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin.

Selain sebagai ketua cawangan Warisan, Sapari juga merupakan Exco Wira Warisan dan pengerusi Biro Pendidikan Warisan Pusat.

Dalam ucapannya pada satu majlis ringkas, beliau berkata tindakan mereka meninggalk­an Warisan adalah disebabkan hilang kepercayaa­n terhadap kepimpinan presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau mendakwa Warisan mempunyai agenda tertentu yang lebih bersifat keperibadi­an dan bukan untuk membela nasib rakyat Sabah sebagaiman­a mereka laungkan.

“Saya berjuang sejak awal penubuhan Warisan pada 2016 dan banyak berkorban masa serta wang ringgit untuk perjuangan parti itu,” katanya yang meletakkan jawatan sebagai pegawai pendidikan di Jabatan Pendidikan Sabah kerana menyertai Warisan.

Bagaimanap­un, beliau kecewa kerana usaha dan perjuangan­nya selama ini tidak diihargai oleh pucuk pimpinan Warisan tidak menghubung­inya menjelang penamaan calon pada Sabtu lepas.

“Kami seolah-olah tidak dipedulika­n, kami seperti hanya diperalatk­an oleh pucuk pimpinan Warisan selama ini,” katanya sambil menyatakan hampir 1,000 ahli yang bersama-samanya meninggalk­an parti itu adalah dari 18 cawangan sekitar Bongawan.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam BN kerana percaya hanya parti itu berkeupaya­an membela nasib rakyat.

Sehubungan itu, beliau berikrar memberi sokongan padu kepada Anifah sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Kimanis dan Mohamad sebagai calon BN bagi kawasan DUN Bongawan.

 ??  ?? ANIFAH (dua kanan) dan Mohamad (kanan) bersama Sapari (tiga kiri) sempena majlis kemasukan beramai-ramai ke dalam BN dalam satu majlis ringkas pada Ahad.
ANIFAH (dua kanan) dan Mohamad (kanan) bersama Sapari (tiga kiri) sempena majlis kemasukan beramai-ramai ke dalam BN dalam satu majlis ringkas pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia