Utusan Borneo (Sabah)

Joachim berdepan empat pesaing di Kundasang

-

RANAU:DewanUndan­gan Negeri (DUN) N.29 Kundasang menyaksika­n pertanding­an lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Warisan (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

Calon BN yang merupakan penyandang kerusi DUN itu, Datuk Dr Joachim Gunsalam, 60, tiba di pusat penamaan calon bagi mengemukak­an borang pencalonan pada jam 9.09 pagi.

Sementara, Warisan pula meletakkan calonnya Siriman @Mohd Fazid Basir, 60, yang merupakan mantan pegawai Daerah Ranau, yang mengemukak­an borang pencalonan pada jam 9.37 pagi.

Turut bertanding adalah Presiden PAN Datuk Henrynus Amin yang mengemukak­an borang pencalonan pada jam 9.39 pagi.

Sementara itu, penampilan pertama bagi calon PKS yang menyertai pertanding­an di DUN N.29 adalah Jinus Sodiong dari Ulu Sugud yang hadir mengemukak­an borang pencalonan pada jam 9.30 pagi.

Selain itu, Star yang juga dikenali sebagai Gabungan Sabah meletakkan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin, 55, sebagai calon yang menggunaka­n lambang parti Star bagi pertembung­an lima penjuru itu.

Pegawai Pengurus Pilihanray­a P.179 Ranau Faimin Kaimin berpuas hati dengan kelancaran pendaftara­n kertas pencalonan yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau dengan suasana tenang dan lancar.

“Malah, tiada calon yang ditolak borang permohonan­nya dan diharapkan para calon dan penyokong sentiasa mematuhi peraturan Suruhanjay­a Pilihan Raya khususnya semasa dalam tempoh berkempen hinggalah pada hari membuang undi,” katanya.

 ??  ?? KESEMUA calon yang bertanding pada PRU14 bagi kawasan Parlimen P.179 Ranau, N.29 Kundasang, N.30 Karanaan dan N.31 Paginatan merakamkan gambar kenangan sejurus diumum oleh Faimin di perkaranga­n Dewan Masyarakat Ranau.
KESEMUA calon yang bertanding pada PRU14 bagi kawasan Parlimen P.179 Ranau, N.29 Kundasang, N.30 Karanaan dan N.31 Paginatan merakamkan gambar kenangan sejurus diumum oleh Faimin di perkaranga­n Dewan Masyarakat Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia