Utusan Borneo (Sabah)

Limus mampu menang semula kerusi DUN Kuala Penyu

-

KUALA PENYU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury mampu memenangi semula kerusi itu bagi meneruskan kesinambun­gan perkhidmat­an cemerlang beliau di kawasan ini.

Naib Ketua Bahagian Upko Beaufort Lokman Sunggim berkata, sepanjang menjadi wakil rakyat, Limus telah berusaha memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat di samping membawa banyak pembanguna­n untuk manfaat rakyat di daerah ini.

“Banyak usaha dilakukan beliau memberi manfaat kepada golongan akar umbi terutama bantuan dalam bidang pendidikan, bantuan kepada ibu tunggal dan golongan yang berpendapa­tan rendah. Ini merupakan sentuhan yang berkesan bagi meringanka­n bebanan golongan susah.

“Selain itu, beliau juga sentiasa berusaha mendapatka­n pelbagai peruntukan yang membolehka­n banyak kemudahan prasarana dapat dilaksanak­an di kawasan selain menyuaraka­n masalah yang dihadapi rakyat kepada pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Lokman yang juga Ahlis Jawatankua­sa BN Bahagian Beaufort berkata, usaha yang dilakukan Limus itu membuktika­n beliau seorang wakil rakyat yang kompeten dan sewajarnya terus diberi mandat bagi meneruskan perkhidmat­an yang baik.

Pihaknya percaya pengundi menghargai setiap usaha serta perancanga­n itu dan mereka akan memberi sokongan sekali lagi kepada Limus untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Kuala Penyu dalam pilihan raya umum kali ini.

Calon BN itu menghadapi pertanding­an empat penjuru bagi kerusi DUN kawasan berkenaan, dengan ditentang oleh calon PKR, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Lokman mengajak rakyat di kawasan ini supaya terus memberi sokongan padu kepada calon BN itu bagi membolehka­n beliau meneruskan pelaksanaa­n program dan perancanga­n yang belum selesai.

“Jika Limus berjaya mempertaha­nkan kerusi berkenaan sudah tentu banyak lagi perancanga­n untuk kebaikan rakyat dapat beliau beri tumpuan dan laksanakan.

“Sehubungan itu, rakyat Kuala Penyu mestilah bijak dan seharusnya membuat pilihan tepat untuk memberi kemenangan kepada calon BN,” katanya.

 ??  ?? LOKMAN (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Bahagian Upko Beaufort Fredolin Penggo (dua dari kiri) bersama rakan lain dalam saf kepimpinan bahagian menyatakan sokongan padu kepada Limus untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Kuala Penyu.
LOKMAN (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Bahagian Upko Beaufort Fredolin Penggo (dua dari kiri) bersama rakan lain dalam saf kepimpinan bahagian menyatakan sokongan padu kepada Limus untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia