Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi negara semakin kukuh

Dengan unjuran kewangan dari 5.5 hingga 6 peratus

-

SANDAKAN: Kadar pertumbuha­n ekonomi negara kini semakin kukuh dengan unjuran kewangan dari 5.5 hingga 6 peratus pada tahun ini.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan Malaysia (MOF) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kadar itu lebih baik berbanding pencapaian 5.9 peratus pada tahun lepas.

Selain Projek Lebuhraya Pan Borneo yang bakal mengubah landskap sosioekono­mi rakyat, beliau turut menjelaska­n mengenai penambahan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diagihkan pada Jun dan Ogos ini.

Beliau juga memberi bayangan kepada projek baharu di daerah ini iaitu pembinaan stesen janakuasa elektrik bagi menyelesai­kan masalah gangguan bekalan letrik yang akan diumumkan Perdana Menteri, hari ini.

Justeru, beliau menyelar fitnah yang dilempar pihak tidak bertanggun­gjawab yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara muflis.

Beliau berucap demikian pada Program #MOF Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, pada Sabtu yang turut dihadiri penyandang DUN Sekong Datuk Samsudin Yahya dan penyandang Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Pada majlis itu, Irwan menyampaik­an sumbangan daripada MOF dana Perbendaha­raan Malaysia Sabah kepada lima penerima orang kurang upaya (OKU), 10 golongan asnaf, lima ibu tunggal dan 10 pelajar cemerlang.

Turut disampaika­n, sumbangan RM1,000 dengan 10 kampit beras kepada Surau Al Hidayah Batu Sapi, Surau Nur Rahmat Kg Bukit Nenas, Surau At-Tawba Kg Tabah Baru, Surau Al Hassan Kg Sundang dan Surau Nur Islam Kg Siponong.

 ??  ?? IRWAN menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung bertuah.
IRWAN menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung bertuah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia