Utusan Borneo (Sabah)

Pusat keusahawan­an bakal dibina

Beri ruang kepada golongan muda berniaga

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN:Kerajaanme­lalui Kementeria­n Kewangan Malaysia (MOF) mencari kawasan atau bangunan terbiar yang sesuai bagi pembinaan sebuah pusat keusahawan­an untuk golongan muda di Sabah menjalanka­n perniagaan.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pusat keusahawan­an itu diwujudkan bagi memberi ruang dan keselesaan kepada golongan muda menjalanka­n perniagaan sama ada secara langsung atau atas talian (Online).

“Saya akan berjumpa dengan

“Saya akan berjumpa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri pada pagi esok (hari ini) bagi membincang­kan bangunan yang sesuai. Setakat ini,kita sudah ada beberapa bangunan tapi kita akan pilih bangunan yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu agar anakanak muda ini mudah menjalanka­n kegiatan ” keusahawan­an mereka. TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH Ketua Setiausaha Perbendaha­raan

Setiausaha Kerajaan Negeri pada pagi esok (hari ini) bagi membincang­kan bangunan yang sesuai.

“Setakat ini,kita sudah ada beberapa bangunan tapi kita akan pilih bangunan yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu agar anak-anak muda ini mudah menjalanka­n kegiatan keusahawan­an mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program #MOFBersama­rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Muhibbah Petagas, di sini pada Ahad.

Tambahnya, MOF juga sedang merangka perancanga­n Bajet 2019 yang mana projekproj­ek pembanguna­n akan diberi penekanan di negeri ini.

Mengulas program #MOFBersama­Rakyat, Irwan berkata ia adalah sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) jabatan-jabatan kerajaan bagi memberi perkhidmat­an kepada rakyat.

Katanya, hanya dengan kegiatan sedemikian akan dapat memahami keperluan dan kehendak rakyat.

“Kita perlu memahami jiwa rakyat, apa yang mereka mahukan itu yang penting, bukan apa yang kita (kerajaan) mahu.

“Itulah tujuan kita mendamping­i, turun padang mendengar keluhan pemimpin-pemimpin rakyat termasukla­h rakyat sendiri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, siri jelajah yang dianjurkan oleh MOF itu memperliha­tkan kerjasama baik antara jabatan kerajaan di peringkat Persekutua­n dan negeri.

Katanya, kerajaan yang ada sekarang sememangny­a sentiasa bertukar buah fikiran bagi meneliti perkara yang baik untuk dilaksanak­an di peringkat akar umbi.

Pada program itu, Irwan turut mengumumka­n peruntukan RM10 ribu bagi memperbaik­i bangunan Dewan Mini Muhibbah.

Penyampaia­n sumbangan barang keperluan harian turut diadakan kepada 150 penduduk asnaf melibatkan tiga kampung sekitar Petagas iaitu Kg Muhibbah, Kg Contoh dan Kg Sri Pandan.

Selain itu, lapan penerima terdiri pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau dan penduduk kampung menerima sumbangan enam kerusi roda dan dua unit skateboard.

SurauAl-MarhabaKam­pung Muhibbah juga menerima sumbangan wang berjumlah RM3,000 beserta 10 kampit beras.

 ??  ?? IRWAN (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penduduk kampung. Turut kelihatan Yahya (dua kiri). (dua kanan) menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian kepada salah seorang penduduk asnaf.
IRWAN (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penduduk kampung. Turut kelihatan Yahya (dua kiri). (dua kanan) menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian kepada salah seorang penduduk asnaf.
 ??  ?? IRWAN
IRWAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia