Utusan Borneo (Sabah)

Jom Masak dan Menang tawar Isuzu D-Max Z-Prestige

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Maggi menawarkan ganjaran hebat kepada bakal pemenang melalui peraduan Jom Masak dan Menang Besar.

Peraduan yang dilancarka­n bermula 1 Mei itu adalah bagi menghargai para pelanggan setia di Sabah sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Pengurus Nestle Cawangan Sabah Quek Teng Hiong berkata, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta Isuzu DMax Z-Prestige.

“Peraduan Jom Masak dan Menang Besar ini berlangsun­g selama dua bulan iaitu bermula pada 1 Mei sehingga 30 Jun.

“Hadiah utama peraduan ini adalah sebuah trak pikap Isuzu D-Max Z-Prestige yang bakal dibawa pulang oleh pelanggan kami yang bertuah.

“Selain hadiah utama, Maggi juga menawarkan hadiah lain seperti peralatan dapur bernilai RM8,000 serta hadiah mingguan berupa barangan elektronik seperti kamera dan telefon pintar sepanjang tempoh peraduan berlangsun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Peraduan Maggi Jom Masak dan Menang Besar di sini pada Ahad.

Katanya, selain hadiah utama dan hadiah sampingan lain, peraduan itu juga menawarkan bonus wang tunai bernilai RM100 untuk setiap penyertaan ke 1,000 yang layak.

Tambahnya, peraduan itu bukan sahaja untuk menghargai pelanggan mereka tetapi bagi memeriahka­n lagi suasana Kaamatan dengan produk-produk Maggi.

“Penganjura­n peraduan tahunan adalah sempena sambutan Pesta Kaamatan yang sejajar dengan usaha berterusan Maggi untuk mendekati dan menghargai para pelanggan setia di musim perayaan, sekali gus mengeratka­n hubungan kalangan keluarga dan sahabat handai.

“Sambutan tradisi Pesta Kaamatan adalah sebuah perayaan penting yang mana ia bukan sahaja meraikan semangat perpaduan yang harmoni malah sebagai tanda kesyukuran.

“Maggi amat berbesar hati kerana dapat membantu para pelanggan dan turut sama berada di samping mereka tatkala menyediaka­n sajian hidangan enak dan berkhasiat di sepanjang musim perayaan ini,” jelasnya.

Quek berkata, untuk menyertai Peraduan Maggi Jom Masak dan Menang Besar adalahdeng­anmembelip­roduk keluaran Maggi dan simpan pembungkus­an sebagai bukti pembelian, jawab dua soalan mudah dan hantarkan borang penyertaan beserta bukti pembelian.

Pelanggan Maggi boleh memilih untuk sama ada menghantar­kan borang penyertaan ke alamat yang tertera di pembungkus­an ataupun hantarkan ke kotak peraduan Maggi di manamana kedai berdekatan yang terpilih.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Suzaini Datu Sabdin Ghani.

Sementara itu, majlis pelancaran itu turut diserikan dengan demonstras­i masakan bersama Chef Muluk dan Suzaini.

Muluk menunjukka­n cara masakan atau hidangan tradisi masyarakat Sabah yang popular seperti ‘pinasakan’.

 ??  ?? QUEK (dua kiri) dan Suzaini (kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran peraduan itu dengan memasukkan replika borang peraduan ke dalam peti peraduan Maggi.
QUEK (dua kiri) dan Suzaini (kanan) menyempurn­akan gimik pelancaran peraduan itu dengan memasukkan replika borang peraduan ke dalam peti peraduan Maggi.
 ??  ?? MULUK (dua kiri) melakukan demonstras­i memasak pinasakan Sabah sambil dibantu oleh Suzaini (tiga kiri).
MULUK (dua kiri) melakukan demonstras­i memasak pinasakan Sabah sambil dibantu oleh Suzaini (tiga kiri).
 ??  ?? PELANGGAN Maggi mula membanjiri kaunter Maggi untuk menghantar borang peraduan.
PELANGGAN Maggi mula membanjiri kaunter Maggi untuk menghantar borang peraduan.
 ??  ?? QUEK (empat kiri) dan Suzaini (empat kanan) bersama hadiah utama peraduan berkenaan.
QUEK (empat kiri) dan Suzaini (empat kanan) bersama hadiah utama peraduan berkenaan.
 ??  ?? QUEK (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Suzaini (tiga kiri).
QUEK (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Suzaini (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia