Utusan Borneo (Sabah)

Dua wanita maut, empat cedera

Dua kenderaan berbabit kemalangan di Kilometer 17 Jalan Telupid-Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Dua wanita maut dan empat cedera dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 17 Jalan Sandakan-Telupid, kira-kira jam 12.50 tengahari Sabtu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velauthan berkata kemalangan itu membabitka­n sebuah kereta dan sebuah pacuan empat roda.

Katanya, mangsa yang maut ialah dua penumpang kereta, dikenal pasti sebagai Majinis Anjid, 73, dan anaknya Anah Geoffrey, 48, keduaduany­a beralamat di Kampung Gambaron di sini.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan tersepit dalam kereta dinaiki yang dipandu seorang lelaki, Amsir Domang, 57, (suami Anah) juga beralamat di kampung sama dan mengalami kecederaan sakit dada.

“Pemandu kenderaan jenis pacuan empat roda, seorang wanita berumur 46 tahun dan suaminya, 73, serta anak perempuan mereka berumur 16 tahun, ketigatiga­nya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Kesemua empat mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid untuk menerima rawatan, manakala dua yang maut turut dibawa ke klinik sama sebelum dituntut ahli keluarga.

Shivananth­an berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila kenderaan jenis pacuan empat roda dari arah Telupid menghala ke Lahad Datu hilang kawalan di tempat kejadian, lalu terbabas di sebelah kanan jalan dan melanggar tebing jalan.

Katanya, selepas melanggar tebing jalan, kenderaan itu berpusing masuk semula ke laluannya dengan bahagian kepala (depan) menghala ke Telupid lalu berlanggar dengan kereta terbabit.

“Akibat kemalangan itu, dua penumpang kereta maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketika kejadian itu keadaan jalan dan cuaca adalah baik dan pemandu tidak disyaki mabuk.

Katanya, pemandu pacuan empat roda ditahan di Balai Polis Telupid untuk siasatan lanjut dan kenderaan terlibat turut ditahan dan dibawa ke Puspakom Sandakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Beluran, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.58 tengahari mengenai kejadian itu dan tiba di lokasi kejadian pada 1.20 petang.

Pihaknya menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Rosemidian Haji Majid untuk operasi menyelamat dan membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Beliau berkata, kesemua empat mangsa yang cedera telah dihantar oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

 ??  ?? ANGGOTA Bomba Beluran bertungkus-lumus selama 30 minit menggunaka­n peralatan khas untuk mengeluark­an mangsa maut yang tersepit.
ANGGOTA Bomba Beluran bertungkus-lumus selama 30 minit menggunaka­n peralatan khas untuk mengeluark­an mangsa maut yang tersepit.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa tersepit dalam kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa tersepit dalam kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia