Utusan Borneo (Sabah)

Calon atur strategi pikat pengundi

-

KUALA LUMPUR: Semboyan sudah dibunyikan memberi isyarat kepada parti-parti politik di Malaysia bahawa mereka mempunyai 11 hari untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dijadualka­n pada 9 Mei ini.

Berikutan penamaan calon yang dikendalik­an oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu, 687 calon disenaraik­an bertanding untuk kerusi parlimen sementara 1,646 lagi bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Barisan Nasional menurunkan pasukan terbesar antara 26 parti dan calon bebas yang bertanding dalam PRU14 , menamakan calon di kesemua 222 kerusi parlimen dan 504 kerusi DUN yang ditawarkan. BN sudahpun memenangi kerusi DUN Rantau tanpa bertanding.

Pemimpin BN dan partiparti lain mempunyai jadual yang padat menjelang penamaan calon, memuatkan sebanyak mungkin sesi bertemu rakyat, ceramah dan program-program lain ke dalam diari harian mereka.

Kepadatan program yang diharungi mereka mereka dapat disaksikan sebagaiman­a Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bergerak ke seluruh negara untuk bertemu pengundi daripada segenap lapisan masyarakat.

Mereka melancarka­n manifesto pilihan raya yang menjanjika­n suatu masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia dan membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Dijangka jadual kerja yang amat mencabar itu bakal menjadi rutin harian calon sepanjang tempoh berkempen 11 hari sebelum hari mengundi.

Sebagai contoh, program Najib dan Ahmad Zahid pada Ahad menyaksika­n mereka bertemu golongan pendidik, anggota tentera, pelajar, sukarelawa­n dan masyarakat Cina.

Kedua-dua pemimpin masing-masing mempertaha­nkan kerusi Parlimen Pekan dan Bagan Datuk.

Bagaimanap­un, seorang calon nampaknya tidak begitu tertekan sebagaiman­a calon lain yang mula mengorak langkah berkempen.

Apabila ditanya apakah rancangann­nya hari ini (Sabtu), selebriti kontrovers­i Mohamed Azwan Ali, 52 yang bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabang­sa dengan tenang berkata dia akan balik tidur.

“Hari ini, mungkin saya tidak lagi sempat untuk jumpa rakyat di sini sebab ingin balik tidur dahulu. Letih semalaman berfikir pasal hari ini,” beliau memberitah­u wartawan selepas mengisi borang pencalonan­nya.

Azwan, yang popular dengan jolokan ‘Diva AA”, berhadapan pertanding­an lima penjuru menentang abangnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada Pakatan Harapan yang merupakan penyandang kerusi itu dan tiga lagi calon. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia