Utusan Borneo (Sabah)

Cuai ketika penamaan calon cermin PKR gagal urus negara

-

ALOR SETAR: Kecuaian calon PKR menguruska­n proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) semalam, boleh dilihat secara jelas oleh rakyat bahawa parti itu tidak mampu untuk mentadbir negara.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata bagaimana PKR hendak meyakinkan rakyat dengan slogan ‘Selamatkan Negara’, sekiranya perkara kecil dan mudah yang perlu dipatuhi pada hari penamaan calon gagal ditangani.

“Kalau benda kecil macam itu pun boleh lupa, macam mana hendak selamatkan negara. Ini menunjukka­n bahawa calon dan parti itu sendiri tidak mempunyai kredibilit­i dan hanya tahu menyalahka­n pihak lain atas kelemahan mereka sendiri.

“Bila pencalonan mereka ditolak, mereka salahkan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR). Saya lihat di sini ada perancanga­n untuk mewujudkan persepsi bahawa kerajaan tidak bersifat adil kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada program jualan runtuh Parlimen Alor Setar di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penolakan beberapa calon PKR oleh SPR, antaranya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan apabila calon PKR Dr S. Streram dihalang memasuki pusat penamaan calon kerana tidak membawa pas SPR.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN negeri berkata semua manifesto yang ditawarkan BN negeri kepada rakyat Kedah mampu dilaksanak­an bersama kerajaan pusat dan komitmen yang tinggi akan diberikan bagi memastikan ia dapat dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pembangkan­g cakap kerajaan tidak mampu hendak laksanakan manifesto yang melibatkan jumlah kewangan yang banyak tetapi kita yakin apa yang ditawarkan kepada rakyat Kedah ini mampu dilaksanak­an sebab kita dapat sokongan yang kuat daripada kerajaan pusat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia