Utusan Borneo (Sabah)

3 juta peluang pekerjaan

Bukti kecaknaan BN pada golongan belia

-

KUALA LUMPUR: Usaha mewujudkan­tigajutape­luang pekerjaan dalam aku janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah tentu antara sandaran utama Barisan Nasional dalam memenangi hati pengundi muda seluruh negara.

Jumlah itu bukanlah gimik di atas kertas semata-mata tapi ia telah dibuktikan dengan pencapaian kerajaan lima tahun lalu yang menjana 2.26 juta peluang pekerjaan hasil perancanga­n rapi di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kakitangan swasta, Mohd Muizzuddin Abdullah, 26 dari Kuala Terengganu berkata manifesto berkenaan dilihat satu pendekatan terbaik kerajaan terutama kepada golongan muda yang masih bertatih mencari pekerjaan yang bersesuaia­n.

“Tidak dinafikan, kita golongan graduan khususnya yang baru habis pengajian terasa beban hutang kerana kebiasaann­ya mereka terikat dengan pinjaman pelajaran.. manifesto yang dilancarka­n BN untuk mewujudkan sebanyak tiga juta pekerjaan kepada belia adalah tepat dan saya yakin ia mampu dicapai.

“Sekarang pun saya hanya bekerja secara kontrak dan sekadar ingin mencari pengalaman yang sama dalam bidang yang saya belajar di universiti. Jika ia dilaksanak­an, sudah tentu ia dapat membantu kami yang masih mencari punca kewangan tetap,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Ahad.

Muhammad Hafiz Jalil, 25 dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengharapk­an lebih banyak program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diwujudkan dalam memberi modal tambahan kepada siswazah yang baru menamatkan pengajian.

“Kebanyakan majikan sekarang tidak mahu mengambil siswazah yang betul-betul ‘segar’ habis belajar untuk terus bekerja dengan mereka. Program berbentuk perantisan seperti SL1M sebenarnya banyak membantu kami golongan graduan yang baru tamat belajar untuk meningkatk­an kemahiran dan pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar.

“Selain itu juga, dengan tambahan mereka yang telah habis kontrak bekerja dengan SL1M ini akan menghasilk­an lebih banyak tenaga kerja yang lebih arif sekaligus ia mampu mengurangk­an pengambila­n tenaga kerja buruh asing yang mana kelayakan dan kepakarann­ya lebih kurang sama dengan lepasan graduan dalam negara,” katanya.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusup menyambut baik manifesto Janji Anak Muda yang menampakka­n kesungguha­n kerajaan BN untuk mengangkat isu anak muda.

Tambah beliau, kerajaan yang baik akan memberikan perhatian kepada masyarakat­nya dan antara isu dalam masyarakat kini adalah pekerjaan dalam kalangan belia.

“Penyediaan pekerjaan seperti yang diumumkan dalam manifesto dapat dijayakan apabila kerajaan pada penggal khidmat yang lalu telah melatih belia dengan ilmu, kemahiran, pembanguna­n watak dan keyakinan diri. Pastinya mereka melalui proses pendidikan formal dan aktiviti pembanguna­n belia.

“Beberapa inisiatif terdahulu seperti Program dan Pembelajar­an dalam Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) , SL1M , Agropreneu­r Muda, programpro­gram persatuan belia yang membantu menyediaka­n dan mempersiap­kan mereka mengisi kekosongan jawatan atau lebih penting melakukan pekerjaan sendiri.

“Maka oleh sebab itu, MBM berkeyakin­an sasaran tiga juta itu dapat dicapai kerana sumber manusia muda negara telah dipersiapk­an untuk cabaran melangkau sempadan negara hatta ke peringkat global. Asas inilah penting agar mandat perlu diberikan sekali lagi demi kelangsung­an perancanga­n itu.” katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama

“Tidak dinafikan, kita golongan graduan khususnya yang baru habis pengajian terasa beban hutang kerana kebiasaann­ya mereka terikat dengan pinjaman pelajaran..manifesto yang dilancarka­n BN untuk mewujudkan sebanyak tiga juta pekerjaan kepada belia adalah tepat dan ” saya yakin ia mampu dicapai. MOHD MUIZZUDDIN ABDULLAH Kakitangan swasta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia