Utusan Borneo (Sabah)

PKR tidak patut salahkan SPR atas kesilapan sendiri

-

PUTRAJAYA: PKR tidak sepatutnya menuding jari terhadap Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berhubung kejadian beberapa calonnya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas kesilapan mereka sendiri.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tuduhan bahawa SPR mempunyai agenda tertentu dengan mengubah peraturan penamaan calon adalah tidak berasas kerana SPR telah menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan baik.

“Mereka menuding jari terhadap SPR sama seperti satu jari tunjuk ke depan dan empat lagi jari menunjuk diri sendiri.

“Ikut dan akurlah undangunda­ng SPR dan saya percaya SPR juga ikut dan akur dengan undang-undang. Kalau kamu ada masalah parti, selesaikan masalah parti kamu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat kuarters Apartmen Fasa 5 dan 6 di Presint 9, di sini pada Ahad.

Semasa proses penamaan calon PRU14 pada Sabtu, beberapa calon PKR hilang kelayakan bertanding antaranya Naib Presidenny­a Tian Chua yang tidak dapat mempertaha­nkan kerusi Parlimen Batu apabila pencalonan­nya ditolak oleh SPR kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

SPR turut menolak pencalonan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Dr Mohd Hafidz Rizal kerana disahkan bankrap, manakala calon PKR DUN Rantau Dr S. Streram gagal mengemukak­an borang pencalonan kerana tidak membawa pas calon.

Tengku Adnan berkata pakatan pembangkan­g juga sebelum ini dilihat cuba mencari alasan teknikal untuk mengharamk­an UMNO menjelang PRU14 berikutan tindakan 16 anggota UMNO yang memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan.

“Tetapi dia lupa dalam Perlembaga­an UMNO, ada klausa (menyebut) anggota yang membawa UMNO ke mahkamah secara automatik akan digugurkan,” katanya.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga minggu menjelang PRU14 itu, kumpulan tersebut mendakwa kelulusan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) untuk UMNO menangguhk­an pemilihann­ya ke tahun depan melanggar perlembaga­an parti itu.

Pada 5 Mac lepas, RoS dalam kenyataan mengesahka­n permohonan UMNO menangguhk­an pemilihan peringkat Majlis Tertinggi untuk 2017 diluluskan, selaras peruntukan perlembaga­an pertubuhan yang memperuntu­kkan Fasal 10.17 penangguha­n pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan daripada tarikh pemilihan sepatutnya diadakan. Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? TENGKU Adnan melihat pelan pembinaan sebelum menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat Kuarters Apartment Fasa 5 dan Fasa 6 di Presint 9 pada Ahad.
- Gambar BERNAMA TENGKU Adnan melihat pelan pembinaan sebelum menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat Kuarters Apartment Fasa 5 dan Fasa 6 di Presint 9 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia