Utusan Borneo (Sabah)

BDA sasar Bandar Raya Perindustr­ian Mesra 2025

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan berusaha menyediaka­n pelbagai kemudahan yang diperlukan penduduk menerusi penglibata­n komuniti setempat, antaranya, dalam penyediaan kemudahan pusat rekreasi dan perniagaan dengan sasarannya untuk menjadikan Bintulu sebagai Bandar Raya Perindustr­ian Mesra 2025.

Pengurus Besarnya Rodziah Morshidi berkata, penyediaan kemudahan rekreasi serta tapak berniaga pasar malam di Pantai Tanjung Batu dan tapak niaga di Pantai ABF, antara usaha BDA membuka peluang kepada peniaga agar dapat berniaga lebih selesa, di mana ia mendapat sambutan menggalakk­an para peniaga.

“Kami memohon peruntukan daripada kerajaan negeri dan menerimany­a di bawah program NKRA (Bidang Keberhasil­an Utama Negara).

“Melalui peruntukan itu, kawasan Pantai Tanjung Batu dibangunka­n dengan giat membabitka­nprojeknai­ktaraf kemudahan memandangk­an kawasan itu merupakan pusat rekreasi popular di Bintulu,” ujarnya dalam ucapan alualuan pada Majlis Perasmian Pasar Malam Pantai Tanjung Batu yang menelan belanja RM404,551.28.

Pasar malam itu dilengkapi kemudahan untuk usahawan trak makanan, di mana penyerahan projek Tapak Niaga Pantai ABF berkos RM1.3 juta kepada Cergas Asli Sdn Bhd dijangka siap 30 September ini.

Beliau berkata, kita mendapat peruntukan lebih RM6 juta daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk menaik taraf kawasan parkir tambahan, penyediaan kemudahan peniaga berniaga di pasar malam, panggung udara, taman, kawasan pejalan kaki dan taman untuk kemudahan pengunjung bersenam yang kesemuanya masih dalam pembinaan.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) yang merupakanb­ekaspenyan­dang kerusi Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, beliau menyatakan Tiong turut memainkan peranan penting dalam pembanguna­n Bintulu.

“Beliau (Tiong) tidak jemu-jemu berjumpa dengan kami di BDA membawa permasalah­an dan isu rakyat agar dapat diselesaik­an.

“Beliau menjalanka­n peranannya begitu baik dengan membawa isu dan keperluan kemudahan penduduk sekitar Bintulu supaya dapat diselesaik­an,” katanya pada Sabtu.

Isu-isu serta pemasalaha­n sistem perparitan misalnya katanya, antara isu yang kerap diutarakan selain kelengkapa­n kemudahan dan perkhidmat­an yang perlu disediakan di Bintulu.

Mengenai penguatkua­saan Kempen Anti-Kutu Sampah katanya, ia memberi kesan besar dan menampakka­n hasilnya tetapi kerja dan usaha itu tidak akan berakhir, sebaliknya berterusan untuk memastikan Bintulu kekal bersih.

 ??  ?? TIONG (kanan) dan Rodziah menyempurn­akan upacara memotong reben simbolik perasmian Pasar Malam Pantai Tanjung Batu penyerahan projek Tapak Niaga Pantai ABF.
TIONG (kanan) dan Rodziah menyempurn­akan upacara memotong reben simbolik perasmian Pasar Malam Pantai Tanjung Batu penyerahan projek Tapak Niaga Pantai ABF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia