Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan sekolah tanggungja­wab bersama

Sekolah, ibu bapa dan pelajar main peranan penting

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAKINABA­LU:Kejayaan sesebuah sekolah tidak hanya terletak pada tangan pihak guru sahaja.

Sebaliknya, semua yang terlibat dari peringkat pengurusan sehinggala­h pelajar serta ibu bapa mempunyai peranan penting yang menyumbang ke arah itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, semua pihak sedar bahawa usaha mencapai kualiti dan status kecemerlan­gan sekolah bukan satu kerja yang mudah.

“Ia memerlukan komitmen jitu serta kerjasama penuh selain usaha yang tidak mengenal erti putus asa.

“Kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni, pengetua serta semua warga sekolah sangat diperlukan, khususnya kepada Sekolah Menengah Stella Maris,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 SM Stella Maris, di sini, malam

PARA tetamu kehormat menyempurn­akan acara memotong kek.

Sabtu.

Beliau berkata, SM Stella Maris telah melakar pelbagai kejayaan cemerlang yang membanggak­an dari aspek akademik dan juga kokurikulu­m.

Katanya, sekolah itu juga berjaya melahirkan ramai modal insan cemerlang yang pada hari ini kembali memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat di sini dan negara.

“Sebelum mengakhiri ucapan saya, seperti yang semua dimaklumka­n saya akan bertanding semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru.

“Saya dengan rendah diri ingin memohon sokongan daripadaan­dasemuakhu­susnya warga Tanjung Aru agar mengundi saya dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Edward juga berjanji sekiranya menang pada PRU nanti, beliau akan membantu mendapatka­n dana daripada kerajaan negeri dan Pusat untuk pembinaan bangunan baharu sekolah itu.

Katanya, arahan juga telah diberikan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mempercepa­tkan proses kelulusan pelan pembanguna­n bagi sekolah berkenaan.

Pada majlis itu, SM Stella Maris menerima sumbangan berjumlah RM7 juta daripada Liberal Eden Sarawak Sdn Bhd dan RM200,000 daripada Terminal Aman Sarawak Sdn Bhd. Kesemua sumbangan dana itu adalah khusus untuk pembinaan bangunan baharu SM Stella Maris.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG SM Stella Maris Zahara Ismail.

 ??  ?? ANTARA tetamu majlis itu.
ANTARA tetamu majlis itu.
 ??  ??
 ??  ?? EDWARD (empat kanan) menyaksika­n Zahara (tiga kanan) menerima replika cek daripada Sylveson Rangga, wakil Liberal Eden Sarawak. -Gambar oleh HASSIM OTHMAN
EDWARD (empat kanan) menyaksika­n Zahara (tiga kanan) menerima replika cek daripada Sylveson Rangga, wakil Liberal Eden Sarawak. -Gambar oleh HASSIM OTHMAN
 ??  ?? TETAMU kehormat merakamkan gambar kenangan.
TETAMU kehormat merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? EDWARD memalu gong sebagai gimik perasmian.
EDWARD memalu gong sebagai gimik perasmian.
 ??  ?? EDWARD bersalaman dengan tetamu majlis itu.
EDWARD bersalaman dengan tetamu majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia